Kredit foto: Instagram Reen Rahim

  

Pelakon Reen Rahim, 34, selamat bergelar isteri kepada Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, 28, seorang ahli perniagaan dalam majlis pernikahan yang diadakan di Boraombak Marina, sebentar tadi.

Pasangan ini sah suami isteri dengan sekali lafaz pada pukul 9.05 malam, dinikahkan oleh bapa Reen, Abdul Rahim Abdul Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.

Pada majlis itu, Reen atau nama penuhnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim, menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang emas berupa set barangan kemas seperti rantai, gelang dan sebentuk cincin.

Pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan.

Difahamkan, pasangan tersebut bakal diraikan dalam satu majlis resepsi yang berlangsung di Ruscus Hall Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras pada Ahad.

Terdahulu, majlis Malam Berinai Reen yang membawa tema Bollywood diadakan di Hulu Langat, Selangor.

Aktres itu bertunang dengan pasangannya pada 12 Ogos lalu selepas dua tahun mengenali hati budi.

Mereka bakal diraikan dalam tiga buah majlis iaitu malam berinai, acara akad nikah dan resepsi dengan tajaan sebanyak RM15 juta daripada pelbagai pihak.

Bersuamikan Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin, Ini 10 Fakta Biodata Pelakon Reen Rahim

reen rahim instagram

1 - Reen Rahim adalah seorang pelakon berdarah kacukan Pakistan, Arab, Melayu dan Bugis.

reen rahim kahwin

2 - Aktres berumur 34 tahun ini telah menamatkan pengajian di Thomas & Guys Academy dengan kelulusan Diploma Hair Stylist.

suami reen rahim

3 - Antara drama lakonannya yang diingati ialah Pujaan Hati Kanda, 7 Hari Mencintaiku 3, Evolusi KL Drift: The Series dan Kelmarin Cinta, termasuk filem-filem seperti Syif Malam Raya, Town Mall, KL Vampires, Seratus dan Daddyku Gangster.

   

hazim zainal

4 - Sehingga kini beliau telah mencatatkan lebih 1.2 juta pengikut di laman Instagram (IG).

reen rahim biodata   

5 - Beliau dikenali sebagai seorang yang ceria dan berperangai 'gila-gila'.

ahmad nur hazim zainal abidin

6 - Turut dikurniakan bakat dalam bidang nyanyian, selain bidang lakonan yang diceburi.

drama reen rahim

7 - Reen akui selesa meminta tunjuk ajar daripada pelakon-pelakon senior seperti Nabila Huda, Beto Kusyairy, Sharifah Amani, Fauziah Nawi dan Azhan Rani bagi memajukan diri dan memperbaiki kelemahan yang ada.

8 - Menyimpan hasrat untuk diiktiraf bagi mengungguli trofi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM).

umur reen rahim

9 - Merupakan anak bongsu perempuan dalam keluarga -- dan paling lambat kahwin!

hazim zainal reen rahim

10 - Mengakui sudah bertunang dengan suaminya itu pada Ogos lalu namun tidak menghebahkan bagi menghormati permintaan keluarga mereka.

Untuk biodata asas Reen, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Reen Rahim

Kredit foto: Instagram Reen Rahim

Kredit video: Reen Rahim bakal berkahwin, jangan kutuk ikut suka! | Melodi (2022)

Sumber:

1. Impak 'halah, halah, halah'

2. Reen Rahim kecewa teman rapat dalang sebar cerita

3. Netizen terhibur lihat Reen Rahim mengaji

4. Reen bersyukur

5. Reen temui cinta sejati

6. Reen Rahim, Ahmad Nur Hazim kini suami isteri

7. Reen Rahim sah bergelar isteri dengan sekali lafaz, terima set barangan kemas sebagai hantaran




Hakcipta iluminasi.com (2017)