Kredit foto: Instagram Hady Mirza

    

Bakat daripada Kota Singa, Hady Mirza pernah mengecapi kegemilangan kerjaya seni selepas menjuarai program realiti, Singapore Idol dan Asian Idol.

Ketika ramai yang menunggu kepulangannya untuk kembali memeriahkan dunia seni, selepas tiba-tiba menghilangkan diri atas faktor tertentu, Hady tampil menerusi pertandingan realiti popular, Gegar Vaganza musim keenam (GV6).

Kemunculan semulanya pasti membuatkan ramai peminat ternanti-nanti bentuk persembahan yang bakal ditonjolkan nanti. Sama-sama kita tunggu.

  

Biodata

1. Nama sebenarnya, Muhammad Mirzahady bin Amir. Menggunakan nama pentas 'Hady Mirza'.

2. Lahir pada 28 Januari 1980 di Singapura. Kini berusia 39 tahun (2019).

3. Penyanyi yang memperjuangkan genre muzik Pop, R&B dan Soul sejak tahun 2006.

4. Bakat seninya diwarisi daripada datuknya, pelakon veteran, Allahyarham Osman Zailani.

5. Mula menyanyi sejak berusia lapan tahun.

6. Beliau bagaimanapun meraih populariti selepas memenangi rancangan realiti Singapore Idol musim kedua pada 2006, sebelum dinobatkan sebagai juara Asian Idol musim pertama, sekaligus menewaskan lima peserta dari Indonesia, India, Filipina, Vietnam dan Malaysia.

7. Album sulungnya yang menggunakan namanya sendiri sebagai judul telah meraih anugerah Platinum hanya dalam tempoh 4 hari selepas dilancarkan!

8. Antara lagu yang pernah dipopularkannya seperti Angkasa, Berserah dan Ku Tetap Kan Menunggu.

9. Menghilangkan diri daripada radar dunia hiburan dari tahun 2012 hingga 2018. Sepanjang tempoh itu, beliau menyara kehidupan sebagai pemandu Grab, mutawif (membawa jemaah menunaikan umrah), selain menubuhkan perniagaan secara kecil-kecilan.

10. Kembali menyanyi pada tahun lalu selepas menerima tawaran bersama band lamanya di Singapura.

11. Kini beliau menetap di Johor Bharu dan berhasrat mengembangkan bakat di Malaysia selepas sekian lama bergiat aktif di Singapura.

   

Fakta Menarik

  • Pernah bercita-cita menjadi pemain bola sepak, bagaimanapun akhirnya bergelar penyanyi pub sebelum mendapat peluang menjadi artis rakaman.
  • Mengidolakan penyanyi Robbie Williams, Babyface, Boyz II Men, Peter Cetera dan Jamie Cullum.

   

Foto

hady mirza gegar vaganza

hady mirza berserah

peserta gegar vaganza 2019 251

hady mirza

gegar vaganza 2019 345

Kredit foto: Instagram Hady Mirza & Gegar Vaganza

   

Video

Kredit video: 1st Asian Idol Hady Mirza - Berserah

   

Sumber:

1. Wikipedia Hady Mirza

2. Gegar Vaganza

3. Hady Mirza Pernah Jadi Pemandu Grab

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)