Kredit foto: Instagram Jatt Ali

    

Penglibatan penyanyi Jatt Ali tidak dapat disangkal lagi mampu memberikan cabaran kepada 12 peserta yang bersaing dalam Gegar Vaganza (GV) musim keenam tahun ini, antaranya Wann, Sham Visa, Noorshila Amin, Naqiu Boboy, Ameer Sofazr dan Hady Mirza.

Tidak ketinggalan, Mazleela, Feeza, Nur Fatimah, Roy, Kool (Hairie dan Riot) serta One Nation Emcees.

Sejauh manakah kehandalan Jatt beraksi di pentas pertandingan realiti popular itu, mampu menenggelamkan barisan penyanyi berpengalaman yang lain? Sama-sama kita nantikan.

   

Biodata

1. Pemilik nama penuh Tahir bin Ali. Dikenali dengan nama pentasnya, Jatt Ali.

2. Kini berusia 63 tahun (2019).

3. Kelahiran Singapura, namun kini menetap di Johor Bahru.

4. Merupakan penyanyi utama dan pemain drum kumpulan Black Dog Bone yang antara lain dianggotai Ishhar bin Masrom atau lebih dikenali sebagai Izzar (ketua kumpulan, penyanyi dan pemain gitar utama), Masron bin Ali (penyanyi, pemain trumpet, horn dan trombone), Hamid bin Ahmad (penyanyi dan pemain gitar bes), James Chai (pemain tenor, flute, trombone dan saksofon) dan Michael Heng (pemain keyboard).

5. Kumpulan Black Dog Bone yang berasal dari Singapura ini mula bergiat dalam dunia hiburan sejak tahun 1973 hingga 1990-an.

6. Black Dog Bone asalnya merupakan pengiring muzik penyanyi-penyanyi Cina dari Singapura, Malaysia, Hong Kong dan Taiwan.

7. Mereka hanya mula popular dalam kalangan masyarakat Melayu selepas penerbitan album pada tahun 1976 yang sekaligus berjaya mengumpul peminat daripada serata Asia seperti di Singapura, Brunei Darussalam, Malaysia, Taiwan termasuk Belanda.

8. Rangkaian lagu hits mereka seperti Cahaya Aidilfitri, Khayalan, Gadis Ayu dan Hatiku Luka Lagi.

9. Selepas merakamkan 7 buah album, kumpulan ini akhirnya dibubarkan pada 1981.

10. Jatt pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pelawak, Sharifah Shahirah pada 1993, sebelum dikurniakan anak perempuan bernama Alisha. Mereka bagaimanapun bercerai pada 1999.

11. Jatt kini bekerja sebagai penyanyi kelab.

    

Fakta Menarik

  • Merupakan peserta paling berusia dalam GV6.
  • Menolak tawaran musim kedua hingga kelima GV kerana terikat dengan komitmen kerja sebagai penyanyi kelab.
  • Hanya pada GV musim ini, majikannya memberikan cuti.

   

Foto

jatt ali

black dog bone

jatt black dog bone

jatt gegar vaganza

jatt gegar vaganza 2019

gegar vaganza 2019 304

Kredit foto: Instagram Jatt Ali

   

Sumber:

1. Wikipedia Black Dog Bone

2. Wikipedia Sharifah Shahirah

3. Gegar Vaganza

4. Bimbang Pujian - Jatt

5. Jatt Menangis Dengar Anak Boleh Menyanyi

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)