Kredit foto: Instagram BitoBeyto

    

Siapa BitoBeyto? Kamal Aiman atau nama pentasnya, BitoBeyto merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik remaja Malaysia.

Beliau mula dikenali umum menerusi penerbitan single sulung yang berjudul Hilang.

    

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Kamal Aiman.
  • Menggunakan nama komersial, BitoBeyto (Bito Beyto).
  • Berumur 22 tahun.
  • Lahir pada 3 Februari 1998.
  • Berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2019 sebagai seorang penyanyi, pencipta lagu dan penulis lirik.
  • Bernaung di bawah bumbung syarikat rakaman Rusa Music yang turut disertai Floor 88, Mizan Harry Khalifah dan Zaki Yamani.
  • Lagu-lagu dipopularkannya ialah Hilang (single pertama) dan Terima Kasih Atas Segalanya.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @bitobeyto sehingga kini mengumpul lebih 114,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Nama BitoBeyto adalah gabungan nama 'Bito' iaitu nama yang diberikan oleh neneknya sewaktu kecil, manakala 'Beyto' pula nama panggilannya di kalangan rakan-rakan sekolah.
  • Mula menanam cita-cita bergelar selebriti sejak usia sembilan tahun lagi.
  • Bapanya pernah menjadi penyanyi di RTM (Radio Televisyen Malaysia).
  • Bercadang ingin meneruskan legasi bapanya sebagai penyanyi.
  • Kerjaya seninya asalnya mendapat tentangan daripada keluarga yang bimbangkan kecaman, namun mereka sudahnya akur dan merestui perjalanan karier beliau.
  • Turut mempunyai bakat dalam sukan bola sepak.
  • Pernah mewakili pasukan Bawah 19 Tahun Terengganu pada 2016 dan menyertai pasukan Bawah 21 Tahun PKNS pada 2018, sebelum kontraknya tidak lagi disambung pada Disember 2018.
  • Meraih populariti menerusi video nyanyian lagu Hilang yang hanya diiringi petikan gitar.
  • Sebelum menerima tawaran kontrak rakaman, beliau terlebih dahulu menyara kehidupan sebagai seorang penyanyi jalanan di Terengganu.
  • Hilang Dan Terima Kasih Atas Segalanya diilhamkan daripada pengalaman putus cinta yang pernah dilaluinya.
  • Muzik video Terima Kasih Atas Segalanya yang merupakan single terbaharunya kini sedang menghuni carta trending Youtube.

     

Foto

bitobeyto dulu

bitobeyto

instagram bitobeyto

wikipedia bitobeyto

lagu bitobeyto

siapa bitobeyto

bito beyto

hilang bitobeyto

terima kasih atas segalanya bitobeyto 118

Kredit foto: Instagram BitoBeyto

   

Video

Kredit video: Bitobeyto - Terima Kasih Atas Segalanya [Official Music Video]

   

Kredit video: BitoBeyto - Hilang [Official Music Video]

   

Sumber:

1. Hilang pertaruhan pertama

2. “Sejak dah famous ni kawan pun bertambah” - BitoBeyto tak lupa asal usul, masih aktif jadi pemuzik jalanan

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)