Kredit foto: Instagram Isma Sane

    

Isma Iqbal Abdul Sane atau lebih dikenali sebagai Isma Sane merupakan seorang penyanyi dan pencipta lagu lelaki Malaysia.

Beliau mula dikenali menerusi lagu pengenalannya yang diberi judul Derita diterbitkan pada tahun 2018.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Isma Iqbal bin Abdul Sane.
  • Menggunakan nama komersial, Isma Sane.
  • Lahir pada 12 April 1998.
  • Berumur 22 tahun.
  • Berasal dari Sungai Besar, Selangor.
  • Anak bongsu daripada sembilan orang adik-beradik.
  • Berkelulusan diploma dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik daripada Politeknik Sultan Idris Shah.
  • Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2018 sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik.
  • Bernaung di bawah label Begood Music dan merakamkan dua buah single berjudul Derita (2018) dan Kembali (2019).
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @ismasanee sehingga kini mencatatkan lebih 160,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Memperjuangkan genre muzik Pop Balada yang berkonsepkan 'jiwang'.
  • Video muzik single sulungnya, Derita meraih lebih 23 juta tontonan di Youtube, manakala single kedua berjudul Kembali mencatatkan 1.3 juta tontonan.
  • 'Kembali' merupakan kesinambungan kepada penceritaan lagu Derita.
  • Rata-rata pendengar muzik mengetahui lagu Derita, namun tidak mengenali identiti beliau sebagai pelantun lagu berkenaan.
  • Awalnya tidak bercadang menjadi selebriti, sebelum mengubah fikiran apabila lagu ciptaannya menjadi tular serta dilamar syarikat rakaman.
  • Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang pemalu.
  • Bapanya telah meninggal dunia sewaktu beliau masih berusia 10 tahun.
  • Sangat rapat dengan ibunya dan tidak pernah berpisah dengan wanita yang dianggap sebagai sumber inspirasinya itu.
  • Ingin menjadikan kerjaya nyanyian sebagai cara untuk membalas jasa ibunya daripada sudut kewangan.
  • Kini terpaksa menetap berjauhan daripada ibunya demi mengejar impian bergelar bintang.
  • Awalnya ibunya dikatakan agak keberatan untuk melepaskannya terbabit dalam dunia seni kerana agak asing buat mereka adik-beradik, namun mula memahami bidang berkenaan yang dijadikan sebagai punca rezeki buat mereka sekeluarga.

    

Foto

isma sane

isma sane derita

lagu isma sane

instagram isma sane

wikipedia isma sane

isma sane dulu

isma sanee

ibu isma sane

profil isma sane

kembali isma sane

Kredit foto: Instagram Isma Sane

    

Video

Kredit video: Isma Sane - Derita (Official Music Video)

    

Kredit video: Isma Sane - Kembali (Official Music Video)

    

Sumber:

1. “Orang tahu lagu Derita tapi tak kenal suara siapa” - Isma Sane tak rancang jadi penyanyi

2. Penyanyi Baru Isma Sane Sukar Nak Kikis Rasa Segan & Malu

3. Malu masih ada

4. Isma kekalkan konsep 'jiwang'

5. Wikipedia Isma Sane

6. “Saya Hanya Ada Mak, Bapa Telah Pun Meninggal Lebih 10 Tahun Lalu Ketika Saya Darjah Empat,” – Isma Sane

7. Dulu ibu tak izin jadi penyanyi, kini Isma Sane bangga dapat bantu sara keluarga

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)