Kredit foto: Instagram Syafiqah Aina

Siapa Syafiqah Aina? Empunya nama sebenar Nursyafiqah Aina Abdul Wahab ini merupakan pengasas bersama produk kecantikan, AINAA Beauty, bersama suaminya, Hafiz Mahamad.

Jenama AINAA Beauty memberi fokus kepada penghasilan produk yang berkonsepkan kecantikan, penjagaan kulit dan juga kosmetik.

Pernah digelar sebagai pasangan kekasih viral bersama Hafiz, mereka seringkali tular dengan isu yang mendapat pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial.

Biodata

Nama penuh: Nursyafiqah Aina binti Abdul Wahab

Nama komersial: Syafiqah Aina

Umur: 28 tahun (2022)

Tarikh lahir: 18 Jun 1994

Asal: Johor Bahru

Keluarga: Hafiz Mahamad (suami)

Pendidikan: Kelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Kerjaya: Usahawan Kosmetik, Instafamous, Model

Instagram (IG): @syafiqahaina

Latar Belakang

1. Mula mencipta nama sebagai instafamous yang aktif melakukan ulasan berbayar (paid review) di platform laman sosial.

2. Pernah bekerja sebagai model Muslimah selama empat tahun dan aktif di media sosial - pengalaman yang memberikan pendedahan kepadanya tentang dunia bisnes dan pemasaran.

3. Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak tahun 2013 menerusi jualan kecil-kecilan produk berbentuk pakaian dan tudung.

4. Pada 2017, AINAA Beauty mula diasaskannya bersama dengan Hafiz Mahamad. Pasaran AINAA Beauty telah berkembang bukan sahaja di Malaysia, malahan juga Singapura, Brunei, Indonesia dan Thailand.

5. Berkahwin dengan pempengaruh dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad atau nama sebenar, Abdul Hafiz Harisuddin Mahamad pada 24 November 2017 selepas lima tahun menjalinkan hubungan. Majlis detik bersejarah pasangan ini digelarkan ramai sebagai 'Wedding Of The Year'!

6. Menerima kedatangan anak perempuan, Raisya Arisa dilahirkan pada 24 Jun 2019. Nama Raisya Arisa membawa makna pemimpin yang lemah-lembut dan bijak.

Kisah Dan Fakta Menarik

1. Pernah menjadi buah mulut selepas Hafiz Mahamad merai ulang tahun kelahirannya dengan menyewa sebuah limosin putih, sewaktu bercinta pada tahun 2016.

2. Lagi kisah viral mempopularkan nama mereka termasuklah kejutan istimewa Hafiz kepada Aina menerusi hadiah kereta Honda Civic berwarna merah pada 2017. Hafiz membawa keluarga Aina dan keluarganya belayar menaiki kapal mewah di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, Johor, tahun sama.

3. Sementara Aina pernah membuat kejutan menaiki helikopter sempena hari ulang tahun kelahiran suaminya pada 2018.

4. Populariti dicipta dengan jolokan nama 'instafamous' di platform media sosial, memberi pendapatan tinggi kepadanya dengan jumlah sehingga RM30,000 sebulan!

5. Pernah mengaku dahulunya tidak secantik sekarang - dulu gemuk dan muka berjerawat dengan berat badan 63 kilogram pada 2013.

6. Menjadikan selebriti Neelofa dan seorang usahawan, Datin Vivy Yusof sebagai idola dalam kehidupan.

7. Kebelakangan ini menderita penyakit misteri yang dipercayai berpunca daripada sihir yang dihantar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Baca: Biodata Hafiz Mahamad, Suami Syafiqah Aina, Pengasas Produk Ainaa Beauty

   

Gambar

syafiqah aina

hafiz mahamad

syafiqah aina umur

hafiz mahamad biodata

syafiqah aina kena sihir

syafiqah aina rtw

hafiz mahamad wikipedia

syafiqah aina asal mana

hafiz mahamad asal mana

syafiqah aina ig

hafiz mahamad bisnes apa   

Kredit foto: Instagram Syafiqah Aina

Video

Kredit video: Mahligai Cinta (2018): Pasangan 'viral' Hafiz & Aina akhirnya diijab kabul | Episod 3

Sumber:

1. “Tak Tahan ‘STRESS’ Sampai Rasa Nak Delete IG” – Syafiqah Aina Luah Pengalaman Jadi ‘INFLUENCER’ Paling BERPENGARUH

2. AINAA BEAUTY Pernah Dikecam Teruk, Dikatakan ‘‘Produk Sampah’! SYAFIQAH AINA Berjaya Mengubah Pandangan Itu…

3. “Tak pernah ‘fake’ kejutan demi kejutan suami” - Syafiqah Aina akui segalanya disembunyikan, anggap ia bonus

4. Pasangan usahawan, pempengaruh belum pulih penyakit misteri

5. “Memang saya tak cari perempuan lain dah” - Tangan 'abang limosin' merah-merah dicakar, digigit isteri




Hakcipta iluminasi.com (2017)