hh

Kredit foto: Instagram Aleeya Zailan , Facebook Aleeya Zailan , Facebook Avenys , Youtube Avenys TV

        

Siapa Aleeya Zailan? Dia dikenali ramai di media sosial bukan sahaja kerana personalitinya yang mesra dan merendah diri, malah juga kerana keprihatinannya terhadap golongan yang memerlukan. Sering kali dia membuat live di TikTok, memasak dalam kuantiti yang banyak bersama suaminya, bagi memastikan pekerja dan pembantunya dapat merasa rezeki yang dikongsikan.

       

Biodata

Nama: Aleeya Zailan

Umur: 39 tahun (2024)

Tarikh lahir: 18 Mei 1985

Tempat lahir / Asal: Umbai, Melaka

Keluarga: Anak sulung daripada tiga orang adik beradik

Pendidikan: Pengajian Politik dan Perniagaan daripada The University of Auckland, New Zealand

Pekerjaan: Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn Bhd

Instagram (IG): @aleeyazailan

Tiktok: @aleeyazailanavenys

       

Latar Belakang

1. Perjalanan hidupnya tidak bermula dengan kemewahan, malah dia sendiri menyaksikan kedua orang tuanya bercerai ketika usianya baru 12 tahun. Selepas ibu dan bapanya membawa haluan masing-masing, Aleeya terpaksa menumpang kasih di rumah neneknya.

Ibu Aleeya kemudian mengikut suami barunya ke New Zealand, meninggalkan Aleeya dan keluarganya di Malaysia.

2. Namun, dengan semangat yang tidak pernah luntur, selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Aleeya bekerja di 7-Eleven untuk mencari duit bagi membuat pasport dan membeli tiket ke New Zealand. Tujuannya bagi menjejaki ibu tersayang di negara asing itu.

3. Selama 10 tahun menetap di New Zealand, Aleeya bukan sahaja menimba ilmu, malah turut mencari pendapatan sampingan dengan bekerja sebagai jurusolek. Pada 2008, dia berjaya menamatkan pengajiannya di University of Auckland, New Zealand.

4. Kisah cinta Aleeya bermula menerusi internet, apabila dia berkenalan dengan Azri Aziz, yang lebih mesra disapa sebagai ‘Big Boss’. Pada ketika itu, Aleeya berada di New Zealand manakala Azri di London. Hubungan cinta jarak jauh itu akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin pada usia Aleeya 22 tahun, sewaktu dia pulang ke Malaysia semasa cuti semester akhir pengajiannya. Kini, perkahwinan Aleeya dan Azri dikurniakan tiga orang anak iaitu Eva Natasha, Aaron Aziz dan Alicia Aleena.

       

Fakta Aleeya Zailan

1. Dia memulakan perniagaannya dengan menjual ‘Sambal Hitam Pedas Giler Masuk Hospital’ menerusi jenama Aleeya’s Kitchen sekitar 2013. Pada mulanya, perniagaan ini hanya dijalankan dari rumah bagi memenuhi permintaan rakan-rakan dan kawan sepejabat suaminya. Namun, kerja kerasnya tidak sia-sia. Dari situ, Aleeya mengorak langkah dalam dunia kecantikan dan kosmetik, dengan menjadi pengasas jenama Avenys dan Vitalicia.Co yang kini mendapat tempat di hati ramai.

2. Aleeya sering dikaitkan dengan penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu kerana wajahnya yang mirip penyanyi itu. Namun, tiada ikatan kekeluargaan antara mereka.

3. Dia adalah anak kepada seorang ibu berdarah kacukan Cina dan India, yang malangnya, meninggal dunia pada 2018 selepas menderita kanser paru-paru tahap empat.

4. Produknya, Vitalicia Supermodel Glow diilhamkan daripada nama anak ketiganya, Alicia Aleena. Manakala produk penjagaan kulitnya, Avenys pula diambil daripada nama anak sulungnya, Eva Natasha.

5. Dia pernah tersenarai sebagai calon Top 5 di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-35 pada 2023 dalam kategori Tiktokers Popular, bersaing dengan nama-nama besar iaitu Sally Whoo, Hafiz Mahamad, Aaabias dan Ustaz Ahmad Yusof. Walaupun tidak menang, pencalonan itu menunjukkan betapa besar pengaruh dan impak Aleeya dalam dunia media sosial di Malaysia.

6. Suaminya, Mohd Azri Abdul Aziz yang lebih dikenali sebagai Azri Aziz atau mesra dengan panggilan Big Boss, memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Honda Global Amity.

7. Anaknya, Aaron Aziz, mengalami Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) sejak usia kecil.

        

Foto

aleeya zailan anak siapa

aleeya zailan kahwin

aleeya zailan suami

aleeya zailan avenys

aleeya zailan dulu

aleeya zailan gemuk

aleeya zailan wikipedia

aleeya zailan anak mas idayu

Ibu Aleeya Zailan

aleeya zailan ig

Bersama adiknya

who is aleeya zailan husband azri aziz syarikat

aleeya zailan umur

avenys

aleeya zailan

who is aleeya zailan husband

aleeya zailan husband

Kredit foto: Instagram Aleeya Zailan , Facebook Aleeya Zailan , Facebook Avenys , Youtube Avenys TV

        

Video

Kredit video: Aleeya beli rumah TMJ !

        

Sumber:

1. TikTok Aleeya Zailan

2. Instagram Aleeya Zailan

3. “Saya Pernah Hidup Menumpang dan Miskin” - Siapa Aleeya Zailan Yang Kini Usahawan Kecantikan Berjaya?

4. Sebak bila kejayaan ini hadir tanpa ibu saksikan – Aleeya Avenys

5. Pencapaian tiada ganti tanpa kehadiran bonda tercinta, Aleeya Zailan sebak ramai ‘ibu’ doakan kejayaan

6. Aleeya Zailan kesal guru buli anak hiperaktif, kejar sehingga ke kereta kerana kesalahan tendang papan tanda

7. Wanita Ini Pilih Teraju 2 Perniagaan Sendiri, Walau Boleh Duduk Goyang Kaki Di Rumah

8. Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Kemuliaan Hati Aleeya Zailan Masak Untuk Orang Ramai

9. Tarikan 'pedas giler' Aleeya

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)