Kredit foto: Instagram Belle Al Yahya

Siapa Belle Al Yahya? Pemilik nama penuh Sharifah Nabilla Al-Yahya Syed Sheh ini merupakan seorang pengusaha empayar perniagaan muslimah berjenama Bella Ammara.

Namanya lewat ini menjadi buah mulut di kalangan netizen selepas video suaminya, Carl Samsudin tular di alam maya.

Video 49 saat itu menyaksikan sebahagian daripada ceramah suaminya ketika menjayakan program motivasi berjudul ‘Ubah Hidup’ kepada 20 orang gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL).

Aksi suaminya yang dikatakan telah meninggikan suara kepada seorang lelaki tua ketika memberi ceramah, menjadi isu sensasi serta mendapat kritikan hebat daripada masyarakat termasuk para selebriti negara.

Susulan penyebaran video itu, Carl dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 atas kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) kerana tidak mengenakan pelitup muka.

Rakaman itu secara tidak langsung menyebabkan namanya sohor kini di laman Twitter.

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Nama sebenarnya, Sharifah Nabilla Al-Yahya binti Syed Sheh.

2. Menggunakan nama komersial, Belle Al Yahya.

3. Berumur 34 tahun (2021).

4. Kelahiran negeri Kedah pada 20 Disember 1987.

5. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Keramat.

6. Berkelulusan daripada Kolej Matrikulasi Kedah (KMK) serta mempunyai ijazah dalam jurusan seni bina daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

7. Anak kedua daripada enam orang adik beradik - abangnya telah meninggal dunia semasa masih di usia bayi.

8. Kini bergiat aktif sebagai seorang usahawan dan influencer media sosial.

9. Merupakan pengasas dan pemilik butik jenama busana Muslimah, Bella Ammara, selain membangunkan produk kosmetik Sugar Belle dan BA Beau serta pusat kecantikan Naarabelle Facespa.

10. Berkahwin dengan usahawan, Carl Samsudin atau nama lengkapnya, Muhammad Khalif bin Samsudin pada 15 Disember 2012, selepas mengikat tali pertunangan pada Julai 2012. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang anak bernama Ammara dan Umar Khalif.

11. Akaun Instagram (IG) beliau yang menggunakan nama @bellealyahya sehingga kini mengumpul lebih 615,000 pengikut.

Fakta Belle Al Yahya

1. Beliau yang lebih mesra disapa dengan nama panggilan, Belle ini membesar di Sungai Petani, Kedah, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur ketika usia tujuh tahun.

2. Berdarah kacukan Arab dan Palembang yang mana darah Arab diperoleh daripada sebelah neneknya.

3. Ibunya meninggal dunia pada tahun 2011 kerana menderita penyakit kanser usus.

4. Nama produk 'Bella Ammara' diinspirasikan daripada namanya sendiri, 'Belle', dan 'Ammara' yang membawa makna "lady with a strong iman".

5. Perniagaan jenama itu hanya bermula dengan jualan 9 pasang telekung, dengan menggunakan pemasaran di Facebook, bermodalkan RM1,000 yang dipinjamkan oleh ibu mentuanya.

6. Tidak pernah menyangka sama sekali akan terlibat dalam bidang perniagaan, memandangkan keluarganya tidak mempunyai latar belakang dalam lapangan itu.

Baca: Biodata Carl Samsudin (Khalif), Founder Bella Ammara, Suami Belle Al Yahya

Gambar

biodata founder bella ammara

belle al yahya ig

belle al yahya wikipedia

isteri carl samsudin 828

belle al yahya 302

carl samsudin 989

carl samsudin wife

bella ammara 140

bella ammara founder

belle al yahya umur

Kredit foto: Instagram Belle Al Yahya

Video

Kredit video: BUAL CANTIK Bersama BELLE AL-YAHYA

Sumber:

1. Rekaan hasil dari hati

2. Ada 17 Cawangan Spa, Butik Muslimah & Kosmetik Sendiri, Kejayaan BELLE AL-YAHYA Cetus Inspirasi

3. Instagram Belle Al Yahya

4. Facebook Belle Al Yahya




Hakcipta iluminasi.com (2017)