Kredit foto: Instagram Syazwan Razak

    

Mohamad Syazwan Emir Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Syazwan Razak merupakan adik kepada aktor Syafiq Kyle iaitu bekas pemenang naib juara program pencarian Hero Remaja 2011/12.

Syazwan mula dikenali umum selepas menghadiri sesi uji bakat pencarian Hero Remaja 2020 pada bulan Disember 2019.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Mohamad Syazwan Emir bin Abdul Razak.
  • Menggunakan nama komersial, Syazwan Razak.
  • Berumur 21 tahun.
  • Berasal dari Cheras, Kuala Lumpur.
  • Anak kepada pasangan Abdul Razak Husin (bapa) dan Rohaya Sulaiman (ibu).
  • Anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik yang mana kesemuanya berjantina lelaki.
  • Berkelulusan dalam bidang teater daripada Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @syazwanrazakz sehingga kini diikuti lebih 12,300 peminat. 

    

Fakta Menarik

  • Ingin menurut jejak langkahnya abangnya, Syafiq Kyle dalam menceburi bidang seni meliputi cabang lakonan dan peragaan.
  • Pernah mencuba nasib di sesi ujibakat Hero Remaja 2020, namun gagal terpilih dan hanya bertahan setakat peringkat kedua sahaja.

    

Foto

syazwan razak 78

adik syafiq kyle 714

syazwan emir razak

syazwan emir 930

adik beradik syafiq kyle

instagram adik syafiq kyle 756

Kredit foto: Instagram Syazwan Razak

    

Video

Kredit video: #HeroRemaja2020 Syazwan Razak Komen Isu "Syafiq Kyle Disengat Tebuan"

    

Sumber:

1. Adik Syafiq Kyle Curi Tumpuan Di Hari Kedua Sesi Uji Bakat Hero Remaja 2020

2. Adik Syafiq Kyle Gagal Uji Bakat Hero Remaja 2020, Ini Respon Si Abang…

3. #HeroRemaja2020 Syazwan Razak Komen Isu "Syafiq Kyle Disengat Tebuan"

4. Syafiq Kyle Tidak Banyak Bercakap, Gemar Menyendiri - Ibu

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)