Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

    

Ketika sesi uji bakat Hero Remaja 2020 yang lalu, adik kepada pelakon Syafiq Kyle yang dikenali sebagai Syazwan Emir Razak merupakan antara 600 calon yang hadir bagi mencuba nasib dalam pencarian ikon pemuda itu.

Syazwan memberitahu, inisiatif yang diambilnya mendapat sokongan penuh daripada Syafiq yang melayangkan suntikan semangat dan nasihat kepadanya.

“Abang saya memang tahu saya nak datang casting Hero Remaja dan dia sangat-sangat supportive. Dia cakap pergi saja. Dapat tak dapat tu belakang cerita. Paling penting, saya tahu apa yang saya nak buat dalam hidup saya.

“Pesanan dia yang saya paling ingat adalah just be yourself, jangan gopoh dan kelam-kabut. Jadi diri sendiri, biar mereka dapat lihat keunikan yang ada dalam diri saya,” katanya seperti dipetik majalah Remaja.

Biarpun begitu, rezeki nampaknya tidak berpihak kepada pemilik nama Mohamad Syazwan Emir Abdul Razak ini yang hanya melepasi setakat peringkat kedua (stage 2) sahaja.

Lanjutan itu, tular paparan skrin perbualan Whatsapp yang mempamerkan Syafiq memberikan kata-kata inspirasi bagi menyuntik kekuatan kepadanya supaya jangan cepat berputus asa.

Syafiq sebelum ini merupakan antara finalis Hero Remaja 2011/12 di samping Fattah Amin, Saharul Ridzwan, Ben Amir, Hafidz Roshdi, Hafreez Adam dan Fendy Bakry, serta diangkat sebagai naib juara pada musim berkenaan.

Berikut beberapa keping foto Syazwan yang jarang didedahkan di laman media ini:-

    

Baca: Info Penuh Program Hero Remaja 2020

    

Gambar Syazwan Razak

adik syafiq kyle

syazwan razak

syazwan emir

syazwan kyle

kekasih syazwan razak

hero remaja 2020 858

syazwan razak adik syafiq kyle

ig adik syafiq kyle

biodata syazwan razak

gambar adik syafiq kyle

Kredit foto: Instagram Syazwan Razak

    

Sumber:

1. Adik Syafiq Kyle Curi Tumpuan Di Hari Kedua Sesi Uji Bakat Hero Remaja 2020

2. Adik Syafiq Kyle Gagal Uji Bakat Hero Remaja 2020, Ini Respon Si Abang…

3. Netizen Kutuk 'Macam Syafiq Kyle Kena Sengat Tebuan', Ini Komen Empunya Diri!

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)