Kredit foto: Instagram Shazroul Fazlie

    

Baru-baru ini peminat dunia hiburan dikejutkan dengan berita penyanyi Shazroul Fazlie yang dilaporkan kritikal kerana mengalami masalah jangkitan kuman pada usus.

Beliau yang merupakan bakat kelahiran program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim keempat, kini sedang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Untuk info, Shazroul Fazlie atau Shaz sebelum ini pernah berkolaborasi dengan Adzrin Azhar menerusi single duet Pencuri Hati dan kini merupakan penyanyi sepenuh masa di Hotel Concorde Shah Alam.

Kami doakan semoga beliau dapat kembali pulih dengan segera seperti sediakala.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Shazroul Fazlie Zahari. Seawal pembabitan dalam dunia seni, beliau dikenali sebagai Shaz AF4, namun kini menggunakan nama komersial, Shazroul Fazlie.

2. Lahir pada 11 September 1985 dan berasal dari Kuala Lumpur.

3. Kini berusia 34 tahun (2019).

4. Bakatnya dicungkil daripada rancangan realiti, Akademi Fantasia musim keempat (2006) meskipun tidak terpilih sebagai pelajar program itu kerana hanya bertahan sehingga Konsert Prelude. Rakan seangkatannya yang turut dilahirkan daripada musim berkenaan seperti Hazama, Rich (vokalis Estranged) dan Faizal AF4.

5. Pernah merakamkan album berjudul Cuma, serta single Pencuri Hati hasil paduan suara bersama Adzrin Azhar.

6. Menyandang kemenangan tempat kedua (kategori pop) dalam pertandingan nyanyian Asian Television Melody Festival yang berlangsung di Ho Chi Minh City, Vietnam pada Mac 2012. Beliau mewakili negara bersama Fify Emylia.

7. Kini menyara kehidupan sebagai penyanyi sepenuh masa di Hotel Concorde, Shah Alam.

8. Mengikat tali pertunangan dengan wanita yang dikenali sebagai Syaqira Zainal.

9. Perkembangan aktiviti seninya boleh diikuti menerusi laman sosial Instagram, @shazroul.

   

Foto

shazroul fazlie

shazroul af

shazroul af4

shazroul fazlie af 880

shazroul fazlie af4

Kredit foto: Instagram Shazroul Fazlie

   

Video

Kredit video: Youtube shizuka83

   

Sumber:

1. Wikipedia Akademi Fantasia Musim 4

2. Shazroul Naib Juara Pertandingan Nyanyian Negara Asia

3. Konsert Prelude AF4 Shaz Mungkir Bahagia

4. Shazroul AF4 Kritikal

5. Shazroul Kritikal Akibat Jangkitan Kuman Pada Usus

6. 'Ya Allah Sayunya, Kalaulah Boleh Tukar Sakit Itu Pada Diriku' - Sebaknya Luahan Hati Tunang Shazroul

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)