Kredit foto: Instagram Mariana Yati

   

Siapa Mariana Yati? Mariana Abdul Rahim yang lebih dikenali sebagai Mariana Yati merupakan seorang pelakon veteran wanita di Singapura.

Beliau adalah ibu kepada Imam Shah yang turut mencipta nama sebagai aktor di negara berkenaan.

Biodata / Profile / Latar Belakang

- Nama sebenarnya, Mariana binti Abdul Rahim.

- Menggunakan nama komersial, Mariana Yati.

- Kelahiran Singapura pada 21 December 1962.

- Berumur 59 tahun.

- Berkecimpung dalam dunia seni hiburan sebagai seorang aktres.

- Memulakan karier seni lakonan pada tahun 1985 sewaktu menghadiri bengkel drama untuk Singapore Broadcasting Corporation (SBC).

- Antara siri televisyen yang melonjakkan namanya termasuk Rumah Besar Tiang Sebatang (1986) di Singapura, Tuah Si Awang (filem pendek FINAS) (1996), Cinta Sejati (1998), Al-Ikram (1999) dan Cinta Pertama (2000) siaran RTM Malaysia.

- Di Singapura, namanya meledak menerusi peranan watak dalam Songket Merah Berdarah (2009), Jeritan Sepi (2012), Atas Heights (2013), Belah Hati (2014), Impian Haji Malik (2017), Tekan Minyak (2018) dan Mekah Di Hati (2018).

- Antara lain, beliau turut membintangi pelbagai siri drama televisyen sepanjang 33 tahun penglibatan dalam dunia seni lakonan.

- Namanya pernah tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi Jeritan Sepi dan Impian Haji Malik, selain Pelakon Wanita Terbaik menerusi Atas Heights di Pesta Perdana.

- Menggunakan nama akaun Instagram @mariana_yati dengan catatan lebih 4,200 pengikut.

Fakta Menarik

- Ibu kepada pelakon Singapura, Imam Shah atau nama sebenarnya, Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib.

- Pada 18 Februari 2021, Imam Shah berkahwin dengan aktres Singapura, Hannah Delisha , susulan lima tahun perkenalan.

   

Baca: Biodata Imam Shah

Baca: Biodata Hannah Delisha

Baca: Biodata Penyanyi Noor Ashikin Ahmad (Kakcik Wujud), Ibu Hannah Delisha

   

Foto

imam shah 189

imam shah hannah delisha 307

mariana yati 213

pelakon mariana yati

pelakon imam shah

hannah delisha 864

Kredit foto: Instagram Mariana Yati

Sumber:

1. Mariana Yati : Profile

2. Instagram Mariana Yati




Hakcipta iluminasi.com (2017)