biodata raf yaakob

Kredit foto: Instagram Raf Yaakob

   

Raf Yaakob merupakan antara pelakon yang bakal menjayakan drama bersiri terbaharu, TQ Captain.

Dijadualkan ke udara di slot Megadrama mulai 9 Disember ini, drama adaptasi novel TQ Kapten itu antara lain dibarisi pelakon Hisyam Hamid, Mawar Rashid, Harris Annuar, Mark Adam, Tomok, Natrah Khalid dan ramai lagi.

   

Biodata Raf Yaakob

1. Nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob. Menggunakan nama komersial, Raf Yaakob. 'Raf' merupakan singkatan daripada setiap abjad awal nama penuhnya.

2. Berusia 34 tahun (2019).

3. Berdarah campuran jawa.

4. Bergiat dalam dunia seni sebagai pelakon, hos dan usahawan.

5. Laman Instagramnya atas nama @rafyaakob sehingga kini sudah mencatatkan lebih 530,000 pengikut.

6. Mendirikan rumah tangga dengan aktres Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid atau nama popularnya, Mawar Rashid pada 9 November 2017 selepas mengikat tali pertunangan pada 7 Julai 2017. Sehingga kini mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Raden Mohammed Rafael yang dilahirkan pada 13 Mac 2019.

7. Beliau terlebih dahulu dikurniakan dua zuriat daripada perkahwinan pertama iaitu Raden Ahmad Rayyan, 8, dan Raden Seri Raysaa Chanela yang berusia empat tahun.

    

Fakta Menarik

  • Merupakan adik kepada penyanyi dan cef terkenal, Datuk Fazley Yaakob.
  • Memegang peranan sebagai Presiden Kelab Bola Sepak Manchester United Malaysia.
  • Merupakan kawan rapat kepada aktres Emma Maembong sejak zaman kecil. Raf dianggap Emma seperti abang angkatnya sendiri sekaligus menangkis gosip percintaan mereka yang pernah bertebaran sebelum ini.
  • Gemar mengumpul koleksi kereta mewah.

   

Foto

sinopsis tq captain

bekas isteri raf yaakob

isteri pertama raf yaakob

biodata mawar rashid

raf yaakob 684

raf yaakob bercerai

ibu raf yaakob

umur raf yaakob

Kredit foto: Instagram Raf Yaakob

    

Video

Kredit video: Comel! Mawar Rashid Panggil Raf Yaakob 'Puppy' | MeleTOP | Nabil & Jihan Muse

   

Sumber:

1. Wikipedia Mawar Rashid

2. 6 Rahsia Mengenai Suami Mawar Rashid Yang Ramai Tidak Tahu

3. “Tak Pernah Ambil Tempat Ibu Kandung” - Mawar Rashid

4. Mawar Rashid Dan Raf Timang Cahaya Mata

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)