Kredit foto: Instagram Universal Music Malaysia & Instagram Idolla Club

   

Siapa Dolla? Dolla merupakan sebuah kumpulan pop wanita Malaysia yang dikenali menerusi lagu Dolla Make You Wanna.

Kumpulan ini dibarisi empat orang anggota iaitu Angel, Sabronzo, Syasya dan Tabby.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Dianggotai empat orang ahli iaitu Angelina Chai atau nama singkatannya, Angel, Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo), Noorsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya) dan Tabitha Ariel Lam Lianne (Tabby).
  • Memperjuangkan genre muzik Pop, R&B dan Elektronik.
  • Mula berkecimpung dalam dunia muzik sejak tahun 2019.
  • Bernaung di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia.
  • Mengetengahkan elemen vokal yang disatukan dengan tarian dalam persembahan.
  • Meletup menerusi lagu Dolla Make You Wanna (single pertama) dan Impikan.
  • Meraih perhatian meluas bukan sahaja di Malaysia, malahan Indonesia, Filipina, Thailand, Korea serta beberapa negara lain.

   

Fakta Menarik

  • Meskipun masih hijau dalam bidang nyanyian, Dolla telah terpilih untuk berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi ternama Asia Tenggara menerusi lagu 'HEAL'.
  • Juga antara 17 penyanyi yang bekerjasama dengan Universal Music untuk merakamkan single #jangankeluar ciptaan Yonnyboii bersempena pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada 2020.
  • Menjadi antara penyanyi Malaysia yang membuat penampilan di MTV Asia.
  • Peminat mereka digelarkan sebagai 'iDolla'.
  • Konsep yang dibawakan Dolla disamakan netizen dengan kumpulan Blackpink dan Little Mix.
  • Imej seksi dibawakan mereka dipertikai oleh segelintir warganet.
  • Dolla bagaimanapun menjelaskan konsep yang diketengahkan adalah inspirasi daripada beberapa kumpulan wanita, termasuk daripada Barat mahupun tempatan.
  • Selain Malaysia, mereka turut mendapat liputan meluas daripada portal hiburan popular di Korea Selatan, Indonesia dan Singapura.
  • Single sulung yang memperkenalkan nama mereka berjudul Dolla Make You Wanna terbitan tahun 2020 merupakan hasil ciptaan Bryan B iaitu seorang komposer dan penerbit rakaman Australia. Manakala lirik oleh Sharifah Zamaera, Bryan B, Shou Raion dan Luca Sickta.

   

Biodata Angel

  • Nama penuhnya, Angelina Chai Ka Ying.
  • Menggunakan nama pentas, Angel.
  • Berumur 19 tahun.
  • Kelahiran 2 Januari 2001.
  • Berasal dari Kuching, Sarawak.

    

Biodata Sabronzo

  • Nama sebenarnya, Sabrina Rusli.
  • Menggunakan nama komersial, Sabronzo.
  • Berumur 25 tahun.
  • Kelahiran 7 Mac 1995.
  • Berasal dari Kuala Lumpur.

   

Biodata Syasya

  • Nama lengkapnya, Noorsyasya Afiqah Shahrizal.
  • Dikenali sebagai Syasya.
  • Berusia 19 tahun.
  • Kelahiran 15 Januari 2001.
  • Berasal dari Kuala Lumpur.

    

Biodata Tabby

  • Nama penuhnya, Tabitha Ariel Lam.
  • Nama popularnya, Tabby.
  • Berusia 20 tahun.
  • Kelahiran 18 Mac 2000.
  • Berasal dari Kuala Lumpur.

    

Foto

dolla

dolla profile

dolla make you wanna

dolla malaysia group

kumpulan dolla

dolla members

dolla biodata

dolla wikipedia

blackpink

dolla impikan 464  

Kredit foto: Instagram Universal Music Malaysia & Instagram Idolla Club

   

Video

Kredit video: @DOLLA - Dolla Make You Wanna (Official Music Video)

   

Sumber:

1. Dolla pernah rasa ‘down’ dikecam netizen - “Imej seksi adalah style peribadi kami, bukan buat gimik”

2. Dolla kena ‘sound’ acah nak tiru Blackpink, tak ada identiti sendiri - “Bukan sengaja copy bulat-bulat, kami ambil inspirasi sana sini”

3. Isu Dolla tiru Blackpink jadi perhatian media Korea Selatan - “Ramai yang komen positif terutamanya orang dari luar negara”

4. Wikipedia Dolla

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)