Meninggal dunia pada usia 52 tahun, Adibah Noor merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia seni hiburan.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham dikenali ramai sebagai individu yang senang didekati, sentiasa ceria dan mudah mesra, malah beliau sering membuat orang ketawa dengan telatah dan celotehnya.
Di luar pengetahuan, di balik senyum dan keceriaan yang dilakonkan, rupanya Allahyarham adalah seorang penghidap penyakit kanser ovari tahap empat yang dipendam dan disembunyikan daripada makluman masyarakat.
Sempena berita pemergian artis versatil yang ditangisi ramai ini, Iluminasi ingin kongsikan serba sedikit info mengenai profil kehidupannya.
Biodata Terkini Adibah Nor, Penyanyi Lagu Terlalu Istimewa
Nama sebenar: Adibah Noor binti Mohamed Omar
Nama pentas: Adibah Noor
Umur: 52 tahun (2022)
Asal: Kuala Lumpur
Tarikh lahir: 3 September 1970
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Meninggal dunia: 18 Jun 2022
Keluarga: Anak ketiga dalam empat adik beradik
Pendidikan: Jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Status: Tidak berkahwin / tidak bersuami
Kerjaya: Pelakon, penyanyi, pengacara
Instagram (IG): @adibahnoormohdomar
Twitter: @adibahnoor
Latar Belakang Dan Fakta Menarik
1. Menjawat tugas sebagai pendidik sekitar tahun 1993 sebagai guru bagi mata pelajaran bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Taman Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
2. Kerjaya muziknya mula bernafas selepas menjuarai pertandingan nyanyian, Suara 90-an Nescafe pada 1994.
3. Melangkah dalam karier seni hiburan sejak tahun 1995.
4. Seorang penyanyi versatil tetapi genre yang paling dekat dengannya ialah Balada dan Irama Malaysia.
5. Dia juga selebriti serba boleh yang berbakat dalam bidang nyanyian, lakonan, pengacaraan dan komedi.
6. Lagu nyanyiannya yang menjadi siulan peminat termasuklah Terlalu Istimewa, Hujan, Teman, Zapin Cinta SMS (duet bersama kumpulan Senario) dan Setulus Rasa.
7. Dikenali dengan watak-watak menerusi beberapa filem popular antaranya Sepet, Gubra, Mukhsin, Talentime, Magika, Mencari Rahmat, Juang, Baik Punya Ah Long dan Sekolahaha.
8. Penglibatan di layar skrin TV menerusi drama-drama seperti Phua Chu Kang Sdn Bhd, Oh My English, Lafazkan Kalimah Cintamu, Kampung People 2, Keluarga Untuk Disewa dan Mem & Bibik Bibik.
9. Lagi lakonannya menerusi telefilem Nostalgila, Mati Tunggu Sekejap, Cupid, Bisik Pada Allah dan Pendoa Yang Ikhlas.
10. Selain itu, banyak iklan televisyen dibintangi beliau yang pernah menghiburkan masyarakat suatu ketika dahulu.
11. Pernah mendapat pengiktirafan menerusi Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi ke 21 pada 2006 untuk kategori balada, vokal terbaik dan lagu terbaik (juara keseluruhan).
12. Pernah berkhidmat sebagai penyampai radio di konti Suria FM dalam slot Suria Pagi pada 2014 sehingga 2016, digandingkan bersama pengacara Baki Zainal.
13. Membuat 'comeback' dalam program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) pada 2021 yang membawanya ke konsert peringkat akhir dengan kemenangan di kedudukan tempat keempat.
14. Meninggal dunia pada 7.45 petang, 18 Jun 2022 di sebuah hospital swasta di ibu negara, akibat derita sakit kanser ovari tahap empat.
15. Kira-kira dua minggu sebelum kematian, penampilan terbaharu beliau yang dilihat semakin kurus di Instagram mengundang perhatian ramai. Difahamkan Allahyarham mengalami penurunan berat badan drastik dalam tempoh dua bulan sebelumnya.
16. Menjadi peserta keempat Gegar Vaganza yang pulang ke Rahmatullah selepas Nassier Wahab pada 2019, Maya Matahari pada 2020 dan Siti Sarah Raisuddin pada 2021.
Gambar
Allahyarham merupakan seorang pencinta kucing yang memelihara puluhan haiwan itu di kediaman rumahnya.
Kredit foto: Instagram Adibah Noor , Instagram Astro Gempak , Instagram Fedtri Yahya
Video
Kredit video: Adibah Noor pemurah orangnya… Rakan artis sebak cerita kebaikan arwah!