Kredit foto: Instagram Aepul Roza

    

Noor Syaiful Mohd Zalaludin atau nama komersialnya, Aepul Roza merupakan seorang penyanyi dan pemuzik yang mula bertapak dalam bidang seni menerusi pertandingan nyanyian realiti, My Starz LG.

Beliau kini dikenali menerusi penampilannya dalam kumpulan Drama Band memegang peranan sebagai vokalis.

      

Biodata

  • Nama sebenarnya, Noor Syaiful bin Mohd. Zalaludin.
  • Menggunakan nama pentas, Aepul Roza.
  • Kelahiran Kuala Lumpur pada 19 April 1988. Kini berumur 32 tahun.
  • Bergiat dalam dunia hiburan sejak tahun 2009 sebagai seorang penyanyi dan pemuzik.
  • Menganggotai kumpulan Drama Band sebagai penyanyi vokalis.
  • Bernaung di bawah label syarikat rakaman muzik, MVM Production.
  • Bakatnya dikesan daripada rancangan pencarian bakat nyanyian, My Starz LG musim ketiga pada tahun 2009 yang mana beliau berada dalam senarai 10 peserta akhir sebelum disingkirkan oleh penonton menerusi undian SMS pada peringkat separuh akhir.
  • Deretan lagu dipertaruhkannya sewaktu berentap di My Starz LG ialah Sampai Syurga nyanyian asal Faizal Tahir, Dan Sebenarnya (Yuna), Khatimah Cinta (6ixth Sense), Umbrella (Rihanna), Bencinta (Faizal Tahir), Asmara (Anneke Gronloh), Berhenti Berharap (Sheila on 7) dan 21 Guns (Green Day).
  • Selepas bergelar artis rakaman, antara lagu yang dirakamkannya secara solo termasuk Seharusnya pada 2018 yang mana single ini dimuatkan sebagai runut bunyi dalam drama Bahagia Bukan Bidaan. Tidak ketinggalan, single Mencintaimu sebagai runut bunyi drama Asalkan Dia Bahagia pada 2019.
  • Kolaborasi secara duet menerusi Selamatkan Aku duet bersama Aweera dan Fiq Halim pada 2017 dan Kenyalang I'm in Love gandingan bersama Mimie Haris untuk OST Kenyalang I'm in Love pada 2018.
  • Bersama Drama Band, beliau mempopularkan rangkaian lagu hits seperti Babak Pertama pada 2011, Cerita Dia (2012), Jiwa (2014), Biarkanlah (2015), Mencinta Kamu (2016), Drama (2019), Satu Satu (feat AG Coco) dan Kayangan (2020).
  • Mendirikan rumah tangga pada Disember 2014 dengan penyanyi dan pelakon Leez Rosli yang juga bekas calon peserta program realiti Akademi Fantasia musim keempat. Mereka terlebih dahulu menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun dan hasil perkongsian hidup dianugerahkan seorang anak bernama Nur Saffiya Alisha pada 2016.

    

Fakta Menarik

  • Memperjuangkan genre muzik Pop Rock dan Indie.
  • Berkebolehan bermain instrumen muzik gitar.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @aepul.roza sehingga kini mengumpul lebih 180,000 pengikut.

     

Foto

aepul roza 495

drama band 381

kayangan drama band

wikipedia aepul roza

isteri aepul roza

instagram aepul roza

umur aepul roza

leez rosli

anak aepul roza

lagu drama band 600

vokalis drama band

Kredit foto: Instagram Aepul Roza

    

Video

Kredit video: Aepul Roza - Di Penjara Janji (Cover)

    

Sumber:

1. Drama Band beralih arah

2. Leez belum sedia berlakon semula

3. Wikipedia Aepul Roza

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)