Kredit foto: Instagram @haziqqerz_official

      

Biodata

1. Nama penuhnya, Muhammad Haziq bin Hasbullah.

2. Kelahiran Kuala Lumpur pada 17 April 2000.

3. Berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor.

4. Berusia 19 tahun.

5. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik yang juga merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga.

6. Beliau yang kini bergerak solo, pernah menganggotai Putera Band selaku vokalis di samping tiga ahli lain iaitu Mohamad Alift Abu Hasan Asa’Ari atau Alepp sebagai pemain dram, Muhammad Aidid Farhan Suhami (Aidid, pemain bes) dan Mohammad Fitri Abu Hasan Asa’ri (Baby, pemian gitar utama). Lagu-lagu hits dipopularkan mereka ialah Rebahku Tanpamu, Tersiksa dan Dilema.

7. Pada Februari 2018, beliau terlibat dalam kemalangan apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori yang diparkir di bahu jalan. Rentetan itu, dia cedera di bahagian paru-paru, mengalami retak pada tulang tengkuk serta patah tulang rusuk.

8. Terkini iaitu pada 5 Julai 2019, beliau sekali lagi kemalangan apabila motosikal diboncengnya dilanggar sebuah kereta yang dipandu laju dari arah belakang hingga mengakibatkannya melambung. Beliau kini mengalami kecederaan kaki kanan yang serius hingga terpaksa dibedah dua kali. Keputusan sama ada kaki kanannya akan berfungsi semula seperti biasa atau tidak bakal ditentukan selepas 48 jam berakhirnya pembedahan kedua.

      

Fakta Menarik

  • Anak kepada penyanyi Norhaslinda Ishak atau Linda dari kumpulan dangdut era 90-an, Eva yang pernah popular menerusi lagu Bulan Cinta.
  • Sepupu kepada penyanyi Aiman Tino.
  • Hobinya berenang dan bermain gitar.

       

Foto

biodata dan latar belakang penyanyi haziq putera band 2

biodata dan latar belakang penyanyi haziq putera band 3

biodata dan latar belakang penyanyi haziq putera band 4

biodata dan latar belakang penyanyi haziq putera band 5

biodata dan latar belakang penyanyi haziq putera band 6

Kredit foto: Instagram @haziqqerz_official

     

Video

Kredit video: Youtube FMC Music

     

Sumber:

1. Facebook Putera Band Official Fans

2. Harian Metro

3. Projek MM

4. Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)