Kredit foto: Instagram Noor Ashikin Ahmad (Kakcik Wujud)

   

Siapa Noor Ashikin Ahmad? Beliau merupakan bekas penyanyi yang juga ibu kepada pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha.

Noor Ashikin yang merupakan ibu mertua kepada aktor Imam Shah turut dikenali nama gelaran 'Kakcik Wujud'.

Biodata / Profile / Latar Belakang

  • Pemilik nama Noor Ashikin Ahmad.
  • Berasal dari negara Singapura.
  • Pernah menceburi bidang seni muzik di Singapura sebagai seorang penyanyi pada era 1980-an.
  • Antara lagu-lagu yang pernah mempopularkan namanya termasuk Sinar Di Matamu, Kerana Mulut dan Tiada Lagi Ucapan Sayang.
  • Bekas artis syarikat rakaman Scorpio.
  • Popularitinya sebagai penyanyi adalah seangkatan dengan era kegemilangan penyanyi lagenda Fauziah Latiff, Ella, Datuk Awie dan Wann.
  • Anaknya, Hannah Delisha atau nama penuh beliau, Hannah Adlina Blackburne Birch merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang mencipta nama di Singapura dan Malaysia.
  • Pernah berkahwin dengan Peter Blackburne Birch yang berasal dari England yang juga adalah bapa kepada Hannah Delisha.
  • Akaun Instagramnya atas nama @kakcikwujudku sehingga kini mengumpul lebih 12,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Juga mesra disapa dengan nama panggilan 'Kakcik Wujud' kerana menjadi ahli kru Wujud yang terkenal menerusi penerbitan video berbentuk realiti seram di Singapura.
  • Hannah Delisha ketika zaman kecilnya sering menemani Noor Ashikin dalam menjayakan pelbagai persembahan nyanyian.
  • Kebolehan Hannah Delisha mendendangkan lebih sepuluh lagu dalam pelbagai bahasa iaitu antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol dan Cina, merupakan hasil tunjuk ajar oleh Noor Ashikin sendiri.
  • Seorang lagi anaknya bernama Mia Delisha juga adalah penyanyi yang pernah menganggotai kumpulan duo Delisha bersama Hannah Delisha, dengan merakamkan lagu berjudul 'Retak'.
  • Kini bergelar ibu mertua kepada aktor dan model Singapura, Imam Shah atau Muhammad Iman Shah Abdul Mutalib yang menikahi Hannah Delisha pada 18 Februari 2021.

Baca: Biodata Hannah Delisha

Baca: Biodata Pelakon Imam Shah, Suami Hannah Delisha

Baca: Biodata Pelakon Mariana Yati, Ibu Imam Shah

    

Foto

noor ashikin ahmad

kakcik wujud

kakcik wujud biodata

hannah delisha family

ibu hannah delisha

hannah delisha 723

ibu bapa hannah delisha

ibu mia delisha

peter blackburne birch

imam shah 635

Kredit foto: Instagram Noor Ashikin Ahmad (Kakcik Wujud)

Sumber:

1. Hannah Delisha warisi bakat seni dari ibu

2. “Ibu tidak restu… fitnah dan tohmah silih berganti” - Puisi ibu undang tanda tanya perkahwinan Hannah Delisha dan Imam Shah




Hakcipta iluminasi.com (2017)