Shafie Ahmad atau nama popularnya, 'Pak Long' merupakan seorang penyanyi dan komposer yang mula mencipta nama sekitar era 90-an.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Shafie Ahmad.
  • Dikenali dengan nama pentasnya, 'Pak Long'.
  • Berumur 54 tahun.
  • Meledak dengan lagu berhantu ‘Selagi Ada Rindu’, selain merupakan pencipta lagu ‘Cinta Pantai Merdeka’ nyanyian Tropika dan ‘Al Jannah’ yang dipopularkan Mawi.
  • Bergelar komposer sejak era 1990-an.

    

Biografi

Susulan kejayaan lagu ciptaannya,  'Cinta Pantai Merdeka' dendangan kumpulan Jinbara, Pak Long telah menerima tawaran daripada kumpulan Kopratasa untuk berkolaborasi dalam pembikinan sebuah album, namun hasrat itu tidak kesampaian kerana beliau terpaksa pulang ke kampung halaman bagi menjenguk bapanya yang sakit tenat.

Beliau turut menerima beberapa halangan lain, termasuk bapanya yang tidak merestui kerjaya seninya, walaupun dalam masa sama meraih sokongan kuat daripada ibunya yang memahami minat mendalam yang dipendam.

Pak Long yang menetap dan bekerja di Kedah bersama keluarga turut mengalami kesukaran untuk berulang alik ke ibu kota.

Namun ia tidak membataskan usahanya dalam mencurahkan idea menerusi penghasilan karya lagu sehingga terhasilnya Al-Jannah nyanyian Mawi pada 2004 yang seterusnya dinobatkan sebagai penerima anugerah Lagu Nasyid Popular di Anugerah Era 2008.

Impian Pak Long untuk menghasilkan album solo sulung akhirnya terlaksana menerusi penerbitan album pengenalannya yang berjudul 'Selagi Ada Rindu' edaran FMC Music.

Segalanya bermula apabila beliau dipertemukan dengan dengan penerbit album, Kacip Emas oleh Kapten (B) Mohd Yusof Md Saad yang mana ibu pejabat mereka terletak di Kedah.

Pada 2008, album berkenaan dipasarkan di utara Semenanjung Malaysia. Namun hanya sehingga lagu 'Selagi Ada Rindu' mencapai 1.3 juta tontonan di Youtube, barulah beberapa syarikat rakaman mula menunjukkan minat untuk mengedarkan album itu ke seluruh Malaysia, sebelum beliau menandatangani kontrak bersama FMC Music kerana tawaran yang diberikan cukup memuaskan.

Lagu Selagi Ada Rindu mencipta fenomena tersendiri dengan menduduki tangga pertama beberapa carta radio selama berminggu-minggu seperti di Mutiara FM, Kedah FM, Langkawi FM, Perlis FM, Perak FM, Sabah FM dan THR Gegar Pantai Timur.

10 buah lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah Selagi Ada Rindu, Cinta Pantai Merdeka, Baju Kurung & Kebaya, Harapan Bergetar, Perjalanan Ku, Cinta Di Langkawi, Teratai Ku, Cinta Asmara, Al-Jannah dan Penawar Kacip Emas.

   

Meninggal Dunia

Sejak awal Januari 2020, beliau ditempatkan di Hospital Sik selama 25 hari kerana menderita demam panas.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati beliau menghidap penyakit paru-paru berair, selain disyaki mempunyai kanser darah.

Pada 8 Februari 2020, beliau dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pada 1 Mac 2020 iaitu selepas tiga hari berada di ICU, Pak Long menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6.50 petang dipercayai akibat sakit paru-paru berair.

Allahyarham meninggalkan isteri dan tujuh orang anak.

    

Foto

pak long selagi ada rindu

selagi ada rindu

pak long selagi ada rindu meninggal

shafie ahmad pak long

shafie ahmad

   

Video

Kredit video: Pak Long - Selagi Ada Rindu

   

Sumber:

1. Krisis Pak Long & Kumpulan Kristal Selesai Cara Baik

2. Murai

3. Pencipta lagu, penyanyi, Pak Long terlantar sebulan demam panas

4. Pencipta, penyanyi Selagi Ada Rindu meninggal dunia

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)