Kredit foto: Instagram Luqman Podolski

   

Siapa Luqman Podolski? Luqmanul Haqim Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Luqman Podolski merupakan seorang penyanyi, pelakon, personaliti media sosial, pelawak dan hos Malaysia.

Beliau dikenali kerana sering menghasilkan video-video kreatif yang lucu di platform Vine, sebelum beralih ke aplikasi Instagram.

   

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Luqmanul Haqim bin Kamaruddin.
  • Popular di kalangan ramai sebagai Luqman Podolski.
  • Berumur 22 tahun.
  • Kelahiran Kuala Lumpur, Malaysia pada 2 Mei 1998.
  • Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1, Selangor.
  • Bergiat sebagai seorang penyanyi, pelakon, selebriti media sosial, pelawak dan pengacara.
  • Mula aktif sejak tahun 2014.
  • Sebagai penyanyi, antara lagu yang melonjakkan namanya seperti Sorang (single pertama), Kembar, Kalau Kau Rindu, Jap Itu Jap Ini (feat. Sabbala) dan Cahaya.
  • Juga menghasilkan album studio yang berjudul 'Hitam Putih EP'.
  • Dalam bidang lakonan, beliau membuat kemunculan menerusi filem Sekolahaha.
  • Pernah tersenarai sebagai calon di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2016 menerusi kategori Personaliti Media Sosial.

   

Fakta Menarik

  • Nama 'Podolski' yang digunakan diilhamkan daripada pemain bola sepak antarabangsa, Lukas Podolski.
  • Beliau bagaimanapun tidaklah aktif dalam sukan bola sepak, lebih sekadar mengikuti acara Piala Dunia apabila tiba saat penganjurannya.
  • Mengidolakan personaliti media sosial ternama, Faiz Dickie.
  • Mula membuat video di Instagram selepas menonton hasil kerja kreatif Faiz Dickie.
  • Lagu Kalau Kau Rindu dendangannya kini sohor di carta trending laman perkongsian video, Youtube.

   

Foto

luqman podolski dulu

luqman podolski

siapa luqman podolski

luqman podolski kalau kau rindu

umur luqman podolski

lagu luqman podolski

luqman podolski ig

luqman podolski kembar

luqman podolski profile

luqman podolski sorang

Kredit foto: Instagram Luqman Podolski

   

Video

Kredit video: Luqman Podolski - Kalau Kau Rindu (Official Music Video)

   

Sumber:

1. APO2016: Siapa Selebriti Media Sosial Pilihan Online?

2. Finalis APO2016: Luqmanulhakim + Lukas Podolski = Luqman Podolski

3. Finalis APO2016: Faiz Dickie Guna Pengaruh Di Media Sosial Selagi Ada ‘Demand’

4. Profil Luqman Podolski

5. Wikipedia Luqman Podolski

6. Luqman Podolski Kembali Dengan Lagu Baru, Kembar

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)