Kredit foto: Instagram Izzla Shinichi , Facebook Izzla Shinichi

   

Nama penyanyi yang pernah popular dengan lagu Ku Kunci Rindu Buatmu, Izzla tidak asing lagi di kalangan peminat muzik yang membesar pada era awal 2000-an.

Bahkan, kemunculannya pada masa itu pernah dikaitkan dengan penyanyi yang memiliki suara yang lantang dan merdu, Ziana Zain kerana karakter vokal mereka yang hampir serupa.

   

izzla

Baru-baru ini, kemunculan Izzla di kaca televisyen telah menjadi bualan hangat di kalangan peminat muzik tanah air.

izzla sekarang

Sesuatu yang menarik perhatian adalah ramai peminat yang mengusulkan agar penyanyi berbakat dan berpengalaman ini dipilih untuk bersaing dalam program realiti Gegar Vaganza musim ke 10 pada tahun 2023.

   

izzla shinichi

Namun kita semua nantikan untuk melihat adakah permintaan ramai itu akan menjadi kenyataan nanti.

   

izzla umur

Biodata Izzla, Penyanyi Lagu Ku Kunci Rindu Buatmu

Nama sebenar: Izzlahaizan binti Mohd Hussein

Nama komersial: Izzla, Izzla Shinichi

Umur: 38 tahun (2023)

Tarikh lahir: 24 Julai 1985

Asal: Johor, Malaysia

Keluarga: Ramlah binti Chik (Ibu)

Kerjaya: Penyanyi, Peniaga

Instagram (IG): @izzla.shinichi

Latar Belakang

1. Namanya menjadi pujaan ramai rentetan single hits yang dipopularkan pada era 2000-an dengan tajuk ‘Ku Kunci Rindu Buatmu’ yang menjadi salah satu lagu kegemaran dalam kalangan penggemar karaoke.

2. Ketika itu, vokalnya sering dikaitkan dengan penyanyi Ziana Zain kerana kedua-duanya dikatakan mempunyai persamaan dalam gaya nyanyian.

3. Selain itu, satu lagi perkara yang diingati mengenai dirinya ialah video muzik Ku Kunci Rindu Buatmu yang cukup ringkas dengan hanya menggunakan kawasan parking sebagai latar belakang.

4. Dia yang menghilangkan diri selama 20 tahun lamanya kini kembali menjadi buah mulut ramai, akibat daripada populariti yang menular di aplikasi TikTok baru-baru ini.

5. Tidak hanya itu, selepas popularitinya meledak kembali, dia dijemput ke rancangan bual bicara pagi, Malaysia Hari Ini di saluran TV3.

6. Apa yang membuatkan peminat kagum adalah kemantapan vokalnya yang masih tetap sama dan penampilannya yang bertudung masih jelita walaupun dia sudah hampir mencapai usia 40 tahun.

7. Izzla, yang diketahui telah berkahwin dengan suami Faizul Izan, telah dikurniakan tiga orang anak sebagai penyeri hidup.

8. Sebelum berundur daripada dunia seni dahulu, dia pernah bergelar penyampai radio untuk seketika dan akhirnya memutuskan untuk fokus sepenuhnya pada alam rumah tangga.

9. Untuk makluman, Izzla mula dikenali pada usia 15 tahun menerusi single solo pertamanya yang berjudul Ku Kunci Rindu Buatmu yang diterbitkan pada tahun 2000 menerusi sebuah album kompilasi.

10. Dia kemudian merakamkan album studio pertamanya bertajuk Cintaku Cintamu pada tahun 2004 yang mengandungi 12 buah lagu solo iaitu Ku Kunci Rindu Buatmu, Cintaku Cintamu, Kasihku Yang Terluka, Aku Bukan Aku, Digenggam Rindu, Rindu Masih Terkunci, Cinta Yang Tercalar, Masih Keliru, Gelora Derita, Ke Dasar Hatimu, Kehilanganmu dan Penglipurlara.

11. Izzla, yang kini popular di media sosial, menggunakan nama Izzla Shinichi dengan jumlah pengikut di TikTok sebanyak 75,000 orang dan di Instagram pula diikuti oleh 3,100 pengguna.

Gambar

izzla penyanyi

ku kunci rindu buatmu

izzla ku kunci rindu buatmu

izzla tiktok

izzla instagram

izla

izzla wikipedia

Kredit foto: Instagram Izzla Shinichi , Facebook Izzla Shinichi

   

Video

Kredit video: Nostalgia Seni: Izla | MHI (7 Mac 2023)




Hakcipta iluminasi.com (2017)