Selasa lalu, warganet dikejutkan dengan penularan foto terkini penyanyi rap tersohor, Malique yang telah sekian lama menyepi daripada industri hiburan.

Kehilangan bekas ahli Too Phat itu menjadi tanda tanda ramai sejak terkuburnya kumpulan terbabit pada 2005.

Malique yang masih aktif di belakang tabir, sehingga kini dilihat enggan membuat kemunculan di mana-mana acara hiburan mahupun media.

     

Biodata

1. Nama sebenarnya, Cairel Adrin bin Ibrahim. Menggunakan nama pentas, Malique, Malique Ibrahim dan Malique Too Phat. Disapa para pengikutnya sebagai 'Mr General'.

2. Kelahiran Johor Bahru, Johor pada 21 Ogos 1977. Kini berumur 42 tahun.

3. Penyanyi yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1998 dengan memperjuangkan genre muzik hip-hop dan rap.

4. Antara lain, beliau bergiat sebagai penerbit rakaman, komposer dan penulis lirik.

5. Merupakan artis naungan label Positive Tone dari tahun 1998 hingga 2003, EMI Malaysia (2003 - 2008) dan Qarma Musiq (2008 sehingga kini).

6. Pernah menganggotai kumpulan duo hip hop, Too Phat bersama Joe Flizzow, sebelum dibubarkan pada 2007. Joe Flizzow kemudiannya bergerak sendiri menerusi karier solo, manakala Malique tidak lagi muncul di khalayak, sebaliknya selesa bekerja di belakang tabir.

7. Berkahwin di Bali, Indonesia pada 8 Ogos 2008 dengan teman wanitanya, Melissa Maureen Rizal yang juga seorang pelakon dan personaliti televisyen. Perkongsian hidup mereka dianugerahkan empat orang cahaya mata.

8. Antara lagu popularnya termasuk Kau Yang Punya (bersama Najwa), Mantera Beradu (bersama M. Nasir), Cerita Kedai Kopi (bersama Salam), Teman Pengganti (bersama Black Hanifah) dan Pejamkan Mata (bersama Dayang Nurfaizah).

9. Deretan lagu hitsnya bersama Too Phat, seperti Alhamdulilah (bersama Yasin), Dua Dunia (bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza), Ala Canggung (bersama Lil' Marissa), Anak Ayam dan banyak lagi.

10. Tiga buah LP yang pernah dirakamkan beliau ialah O.K pada 2008, K.O The Mixtape (2009) dan TKO: Pejamkan Mata (2016).

11. Sejak 2008, beliau mula berkarya menerusi syarikat rakamannya sendiri yang dinamakan sebagai Qarma Musiq.

   

Baca: Biodata Joe Flizzow

Baca: Biodata Melissa Maureen, Isteri Malique Too Phat

   

Foto

malique too phat 77

malique 2019 106

malique lirik

isteri malique

gambar malique

   

Sumber:

1. Wikipedia Malique

2. Album Berkembar Dari Malique

3. Artis Hilang Dari 'Radar'

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)