hh

Kredit foto: Instagram Mek Yun

       

Siapa Mek Yun? Mek Yun atau nama penuhnya, Wee Yun Nee, seorang pempengaruh media sosial dan pelakon, seringkali mencuri perhatian ramai di platform TikTok dengan videonya yang bertutur dalam dialek Kelantan.

        

mek yun

        

Apa yang membuatkan wanita ini lebih istimewa ialah kebolehannya untuk berbicara dalam dialek tersebut dengan sangat fasih, walaupun berbangsa Cina.

         

mek yun agama

         

Di alam digital, dia telah mengumpul pengikut yang ramai sebagai selebriti media sosial, dengan 1.2 juta pengikut di TikTok dan 556,000 pengikut di Instagram, membuatkan namanya meniti di bibir pengguna internet.

        

Biodata

Nama sebenar: Wee Yun Nee

Nama komersial: Mek Yun, Mekyun

Umur: 27 tahun (2024)

Asal: Kelantan

Keluarga: Anak bongsu daripada tiga orang adik beradik

Pendidikan: Kelulusan Ijazah Sarjana Muda jurusan Fakulti Kejuruteraan Elektrik daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Pekerjaan: Pelakon, Personaliti Media Sosial, Pencipta Konten, Pengacara

Instagram (IG): @mekyunn

Tiktok: @mekyunnnn

        

Latar Belakang

1. Mek Yun membesar di Kuala Lumpur namun mempunyai keturunan dari Kelantan. Ahli keluarganya, termasuk ibu bapanya yang berasal dari Kelantan, juga fasih bertutur dalam dialek Kelantan.

2. Sejak kecil, Mek Yun telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Dia merupakan graduan cemerlang daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), menerima Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik. Dia turut dipilih sebagai ikon UTHM dan wajahnya menghiasi papan iklan gergasi universiti itu.

3. Meskipun aktif di media sosial, Mek Yun pernah memegang jawatan sebagai Eksekutif Growth & Culture di syarikat penerbangan AirAsia sebelum memutuskan untuk menceburi bidang hiburan sepenuh masa. Dia pernah menjadi hos program MBuzz di TV3 dan penyiasat undangan dalam rancangan I Can See Your Voice Malaysia Musim Keenam.

4. Dia pernah tercalon dalam kategori Digital Content Creator Tergempak 2022 di Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA2022) bersaing dengan Khairul Aming, Syahmi Sazli, Ryan Bakery dan Namie SMY.

5. Antara siri drama yang pernah menghiasi layar kaca dengan penyertaannya termasuklah Perang Nasi Dagang dan Barista: Misi Terpaling Sulit, juga telefilem Tapai Pulut Opah.

Sementara itu, menonjolkan penglibatannya dalam layar seni tempatan ialah filem Hantu Mok Joh.

        

Fakta Menarik

1. Dia turut menguasai bahasa Inggeris, Thailand dan Hokkien.

2. Ibunya berasal dari Lundang, manakala bapanya dari Rantau Panjang. Ibunya juga mempunyai darah keturunan Thailand.

3. Mek Yun pernah menetap di Kelantan selama hampir tiga tahun semasa alam persekolahan dan bergaul dengan masyarakat Melayu. Dia bersekolah di Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

4. Kefasihannya dalam bahasa Melayu membantunya memperoleh gred A untuk subjek tersebut dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

5. Pada 2020, video Mek Yun bersama abangnya yang bersembang dalam dialek Kelantan pernah tular dengan menerima lebih setengah juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

6. Ayah Mek Yun iaitu Brig Jen Dato Wee Han Siew merupakan seorang bekas Panglima Artileri Roket dan bekas Timbalan Komander Rejimen 506 Askar Wataniah, Kem Pengkalan Chepa, Kelantan semasa berpangkat Leftenan Kolonel. Beliau turut mendapat perhatian apabila satu klip video yang menunjukkan beliau menghentikan perbualan ketika azan berkumandang menjadi tular.

7. Antara lain, Mek Yun pernah memenangi gelaran naib johan dalam pertandingan pidato semasa mewakili sekolah di tingkatan tiga.

8. Di rumah, selain bahasa Melayu Kelantan, keluarga Mek Yun juga berkomunikasi dalam bahasa Cina dan Inggeris.

9. Dia adalah pencinta kucing dan mempunyai lima ekor kucing pelbagai baka. Dia juga gemar aktiviti mencabar seperti buggy jumping dan skydiving.

10. Difahamkan, Mek Yun berjaya menurunkan 14 kilogram (kg) dalam tempoh setahun, dari 74 kg ke 60 kg, antara November 2022 hingga November 2023.

11. Mek Yun menganggap negeri Kelantan sebagai 'syurga makanan'.

        

Foto

mek yun real name

mekyun

mek yun wikipedia

mek yun husband

mek yun age family birthday tarikh lahir tempat lahir kacukan tinggi agama islam

mek yun umur

mek yun tiktok

Kredit foto: Instagram Mek Yun

         

Video

Kredit video: Borak Borak: Bakti Demi Negara - Wee Yun Nee @ Mek Yun | Borak Kopitiam (28 Ogos 2021)

        

Sumber:

1. Gadis Cina Kelantan MEKYUN Fasih 4 Bahasa, Raih 2 Anugerah Terbaik Universiti

2. Gadis Cina fasih berbahasa Melayu tarik perhatian pengguna TikTok [METROTV]

3. [VIDEO] 'Auto berhenti dengar azan’, bapa Mek Yun hormati masuk waktu solat sejak zaman kanak-kanak

4. MekYun, ‘gewe’ Cina fasih kecek Kelate!

5. Transformasi Mek Yun, hilang 14kg setahun

6. Sakat menyakat, gaduh manja... ramai suka tengok video dua beradik Cina ini ‘kecek Kelate’ - “Saya suka Kelantan sebab...”

7. Instagram Mekyun

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)