Biodata

Nama penuh: Tunku Norhanis binti Tunku Salman

Nama popular: Tunku Hanis

Tarikh lahir: 24 Mei 1991

Umur: 27 tahun

Kelahiran: Seri Menanti, Negeri Sembilan, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon dan model

Media sosial: Instagram @tunkuhanis

Fakta Menarik 

1. Anak kedua daripada empat adik-beradik.

2. Berdarah kacukan Melayu, Arab dan Pakistan.

3. Berketurunan kerabat diraja Negeri Sembilan iaitu daripada sebelah bapanya.

4. Mempunyai kelulusan Diploma dalam bidang Pentadbiran Perniagaan menerusi Program Kerjasama Sekolah Profesional dan Pendidikan Berterusan di Universiti Teknologi Malaysia, juga dikenali sebagai UTMSPACE.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2007 iaitu pada usia 17 tahun.

6. Penglibatannya dalam drama menerusi Akademi Polis, Kasih Alia, Elit, Cinta Sate, Sedetik Cinta, Kerana Lelaki Itu, Suamiku Encik Sotong, Cinta Iris, Masihkah Ada Kasih, Memori Cinta Suraya, Papa Ricky, Raisha, Gempur Wira, Ikhlas, Coklat, Cerita Dari Mastika, Vila Ghazara dan Raisha 2.

7. Tidak ketinggalan dalam telefilem Antara Garisan, Duhai Bonda, Uri, Debunga Lalang, Cerita Sebenarnya Mengenai Bibah, Dia Imamku, Sia Sia Cinta, Jenayah Cinta dan Mak Kari Mek Tomyam.

8. Di layar perak, Tunku Hanis pernah membintangi filem Qadr, Hantu Bukit Cina dan Suamiku Encik Perfect 10.

9. Ingin berjaya sebagai ahli perniagaan seperti Neelofa dan Rozita Che Wan yang diletakkannya sebagai idola.

10. Rakan baik kepada aktres Fathia Latiff.

11. Pada Mei 2018, beliau terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuching. Namun malang berterusan apabila beliau turut dirompak selepas kemalangan itu.

12. Sejak November 2018, Tunku Hanis dilihat mula tampil dengan imej berhijab.

Foto

biodata tunku hanis pelakon drama raisha 2 2

biodata tunku hanis pelakon drama raisha 2 3

biodata tunku hanis pelakon drama raisha 2 4

biodata tunku hanis pelakon drama raisha 2 5

biodata tunku hanis pelakon drama raisha 2 6

            

Kredit:

1. Wikipedia

2. Harian Metro

3. Astro Gempak

4. Instagram Tunku Hanis




Hakcipta iluminasi.com (2017)