Kredit foto: Dewi Remaja 2019

   

Salah seorang peserta daripada Top 20 Dewi Remaja 2019, Farzana menjadi tular baru-baru ini gara-gara terjatuh sebanyak tiga kali ketika melakukan 'catwalk'.

Insiden itu berlaku ketika majlis pengumuman finalis Top 12 yang disenarai pendek daripada 20 calon peserta Dewi Remaja 2019.

Bagaimanapun situasi tidak dijangka itu sama sekali tidak melemahkan semangat gadis yang mesra disapa Zaza ini untuk meneruskan 'catwalk'nya di pentas runway dengan senyuman melebar dan semangat yang positif.

   

Biodata Farzana Zainul

1. Nama lahirnya, Farzana Zainul Abidin.

2. Lebih dikenali dengan nama komersialnya, Farzana Zainul atau Farzana. 

3. Mesra disapa Zaza.

4. Berusia 22 tahun (2019).

5. Berasal dari Johor.

6. Merupakan model sambilan yang juga berkecimpung dalam dunia tarian.

7. Masih menuntut di Universiti Malaya untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Ekonomi dan Pentadbiran.

8. Pernah ke ujibakat Dewi Remaja pada tahun lalu, namun tidak berjaya menempatkan diri ke Top 20. Manakala tahun ini beliau diterima sebagai salah seorang daripada peserta Top 20 yang bagaimanapun tidak tersenarai dalam Top 12.

9. Menggunakan laman sosial Instagram rasmi atas nama @farzanazainul yang sehingga kini sudah mencatatkan lebih 13,000 pengikut.

   

Foto

dewi remaja jatuh

dewi remaja jatuh catwalk

farzana zainul

dewi remaja 2019 715

farzana dewi remaja 924

Kredit foto: Instagram Farzana Zainul & Dewi Remaja 2019

    

Video

Kredit video: Tiga Kali Tersungkur Di Pentas Runway

    

Sumber:

1. Profil Farzana

2. “Enjoy Momen Di Dewi Remaja,” Jatuh 3 Kali Atas Stage Tetap Terus Berdiri Dan Tersenyum

3. Kategori Pengetahuan Am Suntik Pembaharuan, Ini 12 Finalis Dewi Remaja 2019!

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)