Kredit foto: Instagram Ikhwan Fatanna

    

Ikhwan Fatanna merupakan seorang penyanyi dan komposer meningkat naik rentetan kejayaan lagu ciptaannya, 'Jatuh Bangun' nyanyian Haqiem Rusli dan Aman RA yang berjaya melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33.

Manakala untuk edisi ke-34 tahun hadapan, beliau diwakili Kisah Cinta Kita dendangan Hafiz Suip dan Ku Bersuara (Ernie Zakri).

Kisah Cinta Kita merupakan ciptaan beliau bersama Ayden Ali, dan Ku Bersuara pula hasil kerjasamanya bersama Syamel, Omar K serta John Jeevasingham.

     

Biodata

1. Nama sebenarnya, Ikhwan Fatanna Mokhtar. Menggunakan nama pentas, Ikhwan Fatanna.

2. Lahir pada 13 Jun 1990 di Ampang, Selangor. Kini berumur 29 tahun.

3. Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam jurusan Pemasaran daripada Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.

4. Merupakan penyanyi dan komposer yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2017.

5. Memperjuangkan lagu-lagu berkonsepkan ketuhanan dan keagamaan dengan lirik berbentuk nasihat, antaranya menerusi single Bismillah, Jannah dan Tik Tok.

6. Bernaung di bawah label Seventeen Eleven Music. 

   

Fakta Menarik

  • Mempunyai kemahiran bermain instrumen muzik - gitar dan piano.
  • Pernah mencuba nasib di ujibakat Akademi Fantasia musim kelapan, namun gagal tersenarai sebagai peserta.
  • Menggunakan Youtube sebagai platform untuk membina nama seawal kemunculannya dahulu.
  • Pernah merakamkan single Jatuh Cinta pada 2013, namun percubaan itu disifatkan gagal kerana belum mengenalpasti hala tuju sebenar genre muziknya.
  • Melonjak naik selepas merakamkan single Bismillah yang dikatakan mempunyai mutu penerbitan bertaraf antarabangsa.
  • Segelintir pihak mendakwa vokalnya mirip suara penyanyi wanita.
  • Pernah didakwa berselisih faham dengan Haqiem Rusli kerana isu hakcipta lagu Jatuh Bangun, namun beliau menafikan kesahihan gosip tersebut.
  • Bercadang menerbitkan 100 buah lagu menjelang tahun 2020.
  • Menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan Datuk M.Nasir.

    

Foto

ikhwan fatanna

ikhwan fatanna biodata

ikhwan fatanna bismillah

wikipedia ikhwan fatanna

ikhwan fatanna ig

profil ikhwan fatanna

lagu ikhwan fatanna

siapa ikhwan fatanna

Kredit foto: Instagram Ikhwan Fatanna

    

Video

Kredit video: Ikhwan Fatanna - Bismillah [Official Lyric Video]

    

Sumber:

1. Penyanyi Bismillah disangka wanita

2. Ikhwan Fatanna Dikritik Suara Seperti Perempuan, Sasar Hasilkan 100 Lagu Ciptaan Sendiri

3. Saya, Haqiem tak gaduh - Ikhwan Fatanna

4. Ikhwan Fatanna nak nyanyi lagu cinta di pentas AJL

5. Ikhwan Fatanna sasar hasilkan 100 lagu

6. 'Buat lagu orang ok, tapi lagu sendiri orang tak suka'

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)