Kredit foto: Instagram Fairuz Misran & Instagram TV3 Malaysia

       

Fairuz Misran merupakan penyanyi yang pernah tular gara-gara mempunyai iras seniman agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee. 

Juara Bintang P. Ramlee peringkat kebangsaan 2012 itu kelihatan seakan mirip P. Ramlee terutama daripada segi gaya jambul rambut dan potongan kumis, selain susuk tubuhnya.

Pada pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik 34 baru-baru ini, Fairuz sekali lagi mencuri perhatian apabila menggalas tanggungjawab menggantikan tempat Faizal Tahir menyanyikan lagu Ragaman yang menjadi antara finalis Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34).

   

Biodata Fairuz Misran

1. Berusia 34 tahun (2019).

2. Lahir di Sandakan, Sabah, namun dibesarkan di Kimanis, Papar. Menetap di Labuan.

3. Anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik.

4. Bakatnya mula diketengahkan selepas dinobatkan sebagai juara pertandingan nyanyian Bintang P. Ramlee peringkat kebangsaan anjuran RTM pada 2012, dengan mempertaruhkan lagu 'Barang Yang Lepas Jangan Dikenang', selain persembahan duet 'Hancur Badan Dikandung Tanah'.

5. Beliau terlebih dahulu berentap di Bintang P. Ramlee 2010, walaupun hanya sekadar bergelar finalis tanpa sebarang kemenangan.

6. Mendirikan rumah tangga dengan Noor Munira Mohamed pada 2007.

7. Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @fairuzmisranofficial sehingga kini sudah mencatatkan lebih 88,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Videonya menyampaikan lagu Maafkan Kami dendangan asal P. Ramlee pernah menjadi tular pada awal 2019.
  • Mula menyanyi seawal usia enam tahun dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian.
  • Berasal daripada latar belakang keluarga yang tidak berkemampuan.
  • Lagu pertama dipersembahkannya kepada umum adalah Suci Dalam Debu nyanyian asal kumpulan Iklim.
  • Ada sesetengah pihak menyangka beliau mempunyai pertalian darah dengan P. Ramlee, walaupun hakikatnya tidak.
  • Gemar memuat video nyanyian gaya P Ramlee di media sosial, bertujuan untuk menarik golongan muda mendekati karya-karya seniman agung itu.
  • Antara lagu P. Ramlee paling digemarinya termasuk Getaran Jiwa yang sering mendapat permintaan tinggi di kalangan peminat yang menonton persembahan beliau.
  • Kini bergelar artis rakaman dengan lagu berjudul Indahnya Raya, ciptaan Harry Khalifah.
  • Menyimpan impian untuk merakamkan album studio suatu hari nanti.
  • Selain Ramlee, ada yang menyapanya sebagai Abang Jamil dan Do yang merupakan nama-nama watak P. Ramlee di layar perak.
  • Menyara kehidupan dengan berniaga sebagai pembekal makanan di kapal laut, selain secara sambilan memenuhi tawaran persembahan di sekitar Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.

   

Foto

fairuz misran 658

wikipedia fairuz misran

instagram fairuz misran

lagu raya fairuz misran

umur fairuz misran

indahnya raya fairuz misran

anugerah juara lagu 34 591

Kredit foto: Instagram Fairuz Misran & Instagram TV3 Malaysia 

   

Video

Kredit video: Fairuz Misran - Indahnya Raya (Official Music Video)

   

Sumber:

1. Fairuz Misran Klon P Ramlee?

2. 'Jelmaan' P Ramlee [METROTV]

3. “Saya Tak Layak… Beliau Tiada Pengganti” – Klon P. Ramlee

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)