Kredit foto: Instagram @hafizhamidun

     

Bergiat aktif sejak tahun 2002, penyanyi Hafiz Hamidun terus gah dalam liganya yang tersendiri sebagai antara penyanyi memperjuangkan lagu berkonsepkan kerohanian dan ketuhanan secara komersial.

Beberapa siri kontroversi panas melibatkan bekas isteri yang pernah terpalit, ternyata tidak mengganggu survival kariernya yang menuju ke tempoh dua dekad.

Jom kenali dengan lebih dekat pelantun lagu Kasih Padamu dan Jodoh Berdua ini.

    

Biodata

1. Pemilik nama sebenar Mohammad Hafiz bin Hamidun. Nama komersialnya, Hafiz Hamidun.

2. Kelahiran Sitiawan, Perak pada 21 September 1984. Kini berusia 35 tahun.

3. Anak kepada pasangan Hamidun Mat Rasul dan Laila Sarji.

4. Merupakan anak ketiga daripada lima orang adik-beradik.

5. Mendapat pendidikan di Tadika KEMAS Changkat Jong Teluk Intan, Sekolah Kebangsaan Changkat Jong Teluk Intan, Sekolah Izuddin Shah Ipoh, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) PDRM Kulim dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak Teluk Intan.

6. Menyambung pengajian dalam jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2002, sebelum mengikuti pengajian jurusan Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pada 2005.

7. Mula berkecimpung dalam dunia hiburan sejak 2002 sebagai penyanyi genre nasyid dan lagu-lagu ketuhanan, kerohanian yang juga bekerja sebagai penerbit muzik, komposer dan pengarah urusan.

8. Di awal kariernya, dia dilamar Hijjaz Music Entertainment, lalu menganggotai kumpulan nasyid UNIC pada 2003 bagi menggantikan tempat Afendi. Selama empat tahun bersama UNIC, Hafiz terlibat dalam pembikinan album UNIC See You Di IPT (2003) dan UNIC Satu Tekad (2005).

9. Kontraknya bersama Hijjaz Music Entertainment berakhir pada awal 2006, di mana selepas itu Hafiz mengambil inisiatif menubuhkan syarikat produksi sendiri iaitu Arteffects Production pada 6 Jun 2006.

10. Bergerak secara solo, dia pernah merakamkan album studio berjudul Hafiz Hamidun (2007), Syukran (2009), Zikir Terapi Diri (2011), Zikir Terapi Diri 2 (2013), Zikir Terapi Diri 3 (2014), I Love Rasulullah (2015) dan Nur Zikir Terapi IV (2019).

11. Rangkaian single hitsnya seperti Kasih Padamu (2012), Jodoh Berdua (2013), Mikraj Cinta (2014), Janjiku (2015), Yang Dinanti (2016), Marhaban (2016) dan Jangan Berhenti (2018).

12. Pernah membintangi drama bersiri terbitan Skop Productions berjudul Jalan Kembali, membawa watak sebagai bekas mat rempit bernama Dani.

13. Sebagai penulis, beliau menghasilkan buku Cerita Hati Hafiz Hamidun dan Jodoh Berdua yang mana kedua-duanya diterbitkan pada tahun 2016.

14. Mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017 sebelum bercerai talak satu pada 25 Oktober 2017.

    

Foto

hafiz hamidun joy revfa

hafiz hamidun kahwin

latar belakang hafiz hamidun

hafiz hamidun astaghfirullah

kekasih hafiz hamidun

Kredit foto: Instagram @hafizhamidun

     

Video

Kredit video: Youtube MHE TV

    

Sumber:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Utusan

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)