Kredit foto: Instagram Fakhrul UNIC

    

Penyanyi kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul yang menganggotai kumpulan UNI bersama pelawak Fad Bocey dan Atu Zero di Muzikal Lawak Superstar (MLS), tidak dinafikan antara peserta yang paling menyerlah dalam program realiti komedi berkenaan.

Jom berkenalan lebih dekat dengan penyanyi yang juga merupakan seorang pendakwah ini.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Mohd Fakhrul Radhi bin Khamaruddin. Menggunakan nama komersial, Fakhrul UNIC, Fakhrul dan Fakhrul Radhi.

2. Lahir pada 6 April 1986 di Alor Setar, Kedah. Kini berusia 33 tahun.

3. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Diploma Tahfiz Quran Dan Qiraat daripada Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah.

4. Selain menganggotai kumpulan nasyid UNIC, beliau turut bergiat sebagai pendakwah, pengacara, pengarah eksekutif, qari dan tenaga pengajar Al-Quran.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2009 sebagai ahli baru UNIC dengan membuat kemunculan dalam album terakhir kumpulan itu yang berjudul Langkah Tercipta daripada label Hijjaz Records Sdn. Bhd.

6. Bergelar juara pertandingan Akademi Al-Quran musim ketiga, selain menjadi pemenang Gema Gegar Vaganza musim pertama bersama UNIC.

7. Empat kali menyertai Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK).

8. Dalam bidang pengacaraan, beliau pernah mengelolakan program Bismillah Ad Duha, Gema Gegar Vaganza musim kedua dan Qari Junior 2017.

9. Menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya, Syahirah dan sehingga kini mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

   

Foto

fakhrul unic

fakhrul unic cerai

syahirah isteri fakhrul unic

instagram fakhrul unic

muzikal lawak superstar minggu 324

Kredit foto: Instagram Fakhrul UNIC

     

Video

Kredit video: Youtube UNIC

    

Sumber:

1. Wikipedia Fakhrul UNIC

2. Fakhrul UNIC Sertai Majlis Tilawah Al-Quran

3. “Ye Ke? Saya Ni Tak Kelakarlah” – Ini Komen Fakhrul UNIC Bila Dilabel Lucu

4. Artis Popular Antara Peserta Gema Gegar Vaganza 2

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)