Kredit foto: Instagram (IG) Amelia Henderson

Terkini nama pelakon kacukan India-Scotland, Amelia Henderson panas diperkatakan ramai susulan isu yang baru-baru ini melanda dirinya.

Ia berkaitan tindakan penerbit sensasi, Datuk A Aida yang ingin memfailkan saman terhadap beliau dan aktor Idris Khan kerana didakwa telah melanggar kontrak penggambaran drama terbitan A.Aida Production berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

Amelia juga sebelum ini rancak menjadi bualan kerana satu video yang tular memperlihatkan dia dilamar oleh pelakon, Aedy Ashraf, di hadapan khalayak.

Iluminasi senaraikan 10 poin menarik tentang fakta beliau yang kurang diketahui ramai.

   

Biodata : 10 Fakta Pelakon Amelia Henderson Yang Ramai Tak Tahu!

amelia henderson

    

1. Mempunyai fizikal tinggi lampai dengan ketinggian tubuh 171 sentimeter (cm).

amelia anderson

    

2. Walaupun memiliki keunikan wajah dan berdarah kacukan, Amelia sebenarnya dilahirkan dan membesar di Malaysia.

pelakon amelia henderson

    

3. Pernah berpindah ke Greece dan tinggal di sana selama beberapa tahun kerana mengikut bapanya yang bekerja sebagai arkitek.

amelia henderson agama

    

4. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Sri Cempaka dan Sekolah Alice Smith, Seri Kembangan, dia meneruskan pembelajaran secara 'homeschooling' bagi mengimbangi pelajaran, kerjaya seni dan penglibatan dalam kelas balet yang bergerak seiring.

amelia henderson idris khan

    

5. Kerjaya seninya bermula selepas diberi kepercayaan mengendalikan program-program berbahasa Inggeris sebagai hos, dan majlis-majlis formal yang melibatkan bahasa berkenaan.

6. Pada 2013, Amelia yang ketika itu berumur 18 tahun merangkul tempat kedua pertandingan ratu cantik Miss Asia Pacific.

amelia henderson kahwin

Dikatakan mempunyai iras wajah aktres baharu, Anna Jobling

7. Beliau terkenal dengan pelbagai peranan lakonan di televisyen antaranya dalam Keluarga Pontimau, Jangan Benci Cintaku, Pengantin 100 Hari, Cinta Non Grata, Rindu Yang Terindah, Pengantin Satu Malam, Romantika 4 Hari 3 Malam dan Kisah Cinta Kita.

   

Beliau juga telah berlakon dalam beberapa filem terkenal di layar perak tempatan seperti Talentime, Pisau Cukur dan J2: J Retribusi.

aedy ashraf amelia henderson

    

8. Meminati dan sering menyertai aktiviti sukan lasak misalnya mendaki gunung dan menyelam.

9. Aktiviti lain di masa terluangnya termasuklah melukis - kerana mengikut jejak langkah arwah bapanya yang merupakan seorang arkitek.

Amelia turut memuat naik hasil karya lukisannya di sebuah akaun Instagram yang diwujudkan khas buat peminat iaitu @artmeliath.

10. Menyifatkan keperibadian dirinya sebagai seorang yang "ceria, muda, segar dan gila-gila" seperti watak yang dipegang dalam siri drama Romantika 4 Hari 3 Malam yang dikatakan menampilkan sisinya yang berlainan.

amelia henderson kecil

amelia henderson umur   

Di samping adik lelakinya, Alexander Rudrakeith Henderson. Kredit foto: Instagram (IG) Amelia Henderson

    

Amelia telah memeluk agama Islam dengan nama Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah dan pernah berkahwin dengan Tunku Dato' Harrunnarrassheed Putra, anak kepada Tunku Bendahara Kedah Almarhum Tunku Tan Sri Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna. Namun beliau dan bekas suaminya bercerai pada tahun 2018.

   

Untuk biodata asas Amelia Henderson, baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Amelia Henderson

Kredit video: BERNAMA TV

Sumber:

1. 'Saya orang Malaysia' - Amelia

2. Amelia Henderson ketepikan negativiti

3. Tak kongsi hal peribadi

4. Menyelami Fenomena Style Influencers: Amelia Henderson, Jane Chuck, Aisyah Aziz, Puteri Aishah

5. Bahagia hidup solo




Hakcipta iluminasi.com (2017)