Kredit foto: Instagram Insomniacks

    

Populariti lagu terbaharu, Pulang membuatkan sesetengah pihak tertanya siapakah penyanyi di sebalik melodi lagu berkenaan.

Mereka ialah kumpulan Insomniacks yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati peminat, terutamanya selepas kemunculan secara rasmi sebagai artis komersial pada tahun 2017.

Jom berkenalan dengan lebih rapat kumpulan yang dianggotai empat anak muda berbakat besar ini.

    

Biodata

1. Dianggotai empat orang ahli iaitu Syed Mir Iqbal sebagai vokalis, Ahmad Danial (gitaris), Wan Arif Iskandar (pemain bes) dan Gavin Wong (pemain dram). Kesemua mereka berusia 21 tahun (2019).

2. Tampil dengan genre muzik pop rock dan punk rock sekitar tahun 2015, sebelum menjadi artis komersial di tahun 2017.

3. Bernaung di bawah syarikat pengurusan, Sony Music Malaysia.

4. Lagu Selalu dendangan mereka dimuatkan sebagai runut bunyi drama bersiri adaptasi naskhah Korea, My Coffee Prince.

5. Terkini mereka muncul dengan single terbaharu berjudul Pulang hasil ciptaan sendiri.

6. Antara pencapaian mengagumkan kumpulan ini termasuk pernah tercalon dalam kategori Band Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2018 (APM2018) yang berlangsung di Singapura, sekaligus menjadi calon band baharu tunggal di sisi nama-nama besar seperti Last Child, Noah, Search dan Sheila On 7.

7. Dalam bidang lakonan, mereka pernah membintangi siri original drama web berjudul Pulang, arahan Thaqif Saadon yang bersiaran sebanyak empat episod di saluran Youtube, Insomniacks MY.

8. Ibu salah seorang anggota Insomniacks iaitu Ahmad Danial, merupakan penerbit dan penulis skrip, Marina Hashim.

9. Terbaharu, nama mereka tercalon dalam senarai Top 5 kategori Artis Kolaborasi/ Duo/ Berkumpulan Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, bersaing dengan duo, Alif Satar dan Siti Nordiana, Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini; Floor 88 dan Baby Shima serta Khai Bahar dan Fatin Husna.

10. Kerjaya seni mereka mendapat sokongan kelab peminat yang digelarkan sebagai 'Maniacks'.

    

Foto

insomniacks wiki

daniel insomniacks

insomniacks member profile

insomniacks umur

biodata ahli insomniacks

Kredit foto: Instagram Insomniacks

     

Video

Kredit video: Youtube Meletop

    

Sumber:

1. Langkah Progresif Insomniacks

2. Dah Ada Single Kedua

3. Insomniacks Tak Gelojoh Cari Populariti

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)