Oleh pada 14 Dec 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Haiqal Hanafi

   

Haiqal Hanafi merupakan seorang atlet yang juga pelari pecut kebangsaan.

Beliau mencuri tumpuan selepas kejayaan meleburkan rekod Khairul Hafiz Jantan atau 'Speedy Jantan' menerusi catatan masa 10.35 s dalam acara 100 meter Sukan SEA ke-30 di Stadium Olahraga New Clark City, Filipina, baru-baru ini.

   

Biodata Haiqal Hanafi

1. Nama sebenarnya, Muhammad Haiqal Hanafi. Dikenali sebagai Haiqal Hanafi. 

2. Lahir pada 29 April 1999. Kini berumur 20 tahun. 

3. Berasal dari Senawang, Negeri Sembilan. 

4. Merupakan pelari pecut negara bagi acara 100 meter dan 200 meter kategori lelaki. 

5. Laman sosial Instagramnya atas nama @haiqallhanafii sehingga kini sudah mengumpul lebih 32,000 pengikut. 

   

Fakta Menarik

  • Mendapat jolokan 'Raja Pecut Baru Asia Tenggara'.
  • Memperoleh pendidikan di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail.
  • Berketinggian 169 sentimeter (cm).
  • Mendedahkan rahsia kejayaannya yang bertitik tolak daripada solat lima waktu, solat hajat sebelum tidur serta berdoa kepada Allah. Kata-katanya itu meraih perhatian sekaligus menerima pujian daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

    

Foto

muhammad haiqal hanafi

muhammad haiqal

haiqal hanafi 100m

mohd haiqal hanafi

haiqal hanafi

biodata haiqal hanafi

wikipedia haiqal hanafi

Kredit foto: Instagram Haiqal Hanafi

    

Video

Kredit video: EMAS 100M (L) | Haiqal Hanafi | Sukan SEA 2019 | Astro Arena

    

Sumber:

1. Biodata Haiqal Hanafi Pelari Pecut Malaysia

2. “Jaga Solat 5 Waktu, Amal Solat Hajat”, Haiqal Hanafi Bongkar Rahsia Bergelar Raja Pecut Baru Asia Tenggara

3. Muhammad Haiqal Raja Pecut Baharu Asia Tenggara

4. Mufti Wilayah Puji Amalan Haiqal

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)