Kredit foto: Instagram Asyraf Rozami

    

Youtuber dan instafamous popular, Asyraf Rozami, menarik perhatian umum selepas berkongsi foto 'throwback' yang memaparkan wajahnya ketika zaman kanak-kanak.

Asyraf bertanya sama ada para peminatnya dapat meneka umurnya ketika momen itu dirakamkan.

"Saya dari kecil memang playboy. Cuba teka masa ni umur saya berapa?" tulisnya di kapsyen.

   

Baca: Biodata Bibi Qairina

Baca: Bibi Qairina Bercinta Dengan Asyraf Rozami?

   

biodata asyraf rozami 585

instagram asyraf rozami 649

Kredit foto: Instagram Asyraf Rozami

    

Perkongsian yang dimuat naik untuk tatapan umum menerusi kiriman di akaun Instagram miliknya itu mendapat pelbagai respon daripada warganet yang menjengah di ruangan komen.

Rata-ratanya tampil memuji kecomelan wajah beliau sewaktu usia kecil.

Namun tak kurang juga ada yang berjenaka meneka umurnya secara rawak.

"Comel lah muka kau Acap (nama panggilan untuk Asyraf).

"Comelnya, dua tahun kot.

"Pipi tu comel erm.

"Tak kisah umur berapa, yang penting comel," komen beberapa peminat.

Sedikit info mengenai Asyraf, beliau merupakan antara nama selebriti media sosial yang hangat diperkatakan ketika ini, apatah lagi terpalit dengan gosip hubungan cinta bersama penyanyi Bibi Qairina.

Untuk info lanjut mengenai Asyraf, anda boleh baca artikel: Biodata Asyraf Rozami, Instafamous Popular Malaysia

Jika nak lihat wajah Bibi Qairina sewaktu kecil pula, baca: Foto Bibi Qairina Sewaktu Kecil Yang Ramai Tak Tahu! 

   

Kredit video: BAWAK BIBI JUMPA FAMILY AKU!

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)