Kredit foto: Instagram Bibi Qairina

    

Comel! Itulah komen yang ditinggalkan rata-rata peminat Bibi Qairina sebaik penyanyi dan instafamous itu berkongsi sekeping foto dirinya ketika usia kanak-kanak.

Bibi memuat naik gambar berkenaan di laman sosial Instagramnya bersempena dengan hari ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.  

   

Baca: Biodata Asyraf Rozami, Instafamous Popular Malaysia

Baca: Bibi Qairina Bercinta Dengan Asyraf Rozami?

Baca: Foto Asyraf Rozami Sewaktu Kecil Yang Ramai Tak Tahu!

    

biodata bibi qairina 704

Kredit foto: Instagram Bibi Qairina

    

"Selamat hari lahir kepada saya!! Terima kasih kepada yang beri ucapan pada saya semalam! Dan saya betul-betul minta maaf sebab ada yang saya tak repost balik atau tak perasan ke, maaf. Apa-apapun saya hargai. Terima kasih! (hadiah jangan lupa hehe)", ujarnya di kapsyen.

Membanjiri ruangan komen, rata-rata pengikut menyampaikan ucapan selamat hari lahir sambil memuji raut wajah penyanyi remaja itu sewaktu kecil.

"Hahahaha serius comel gila masa bebudak.

"Akak bibi masa kecil pun comel.

"Muka sama je dari kecil.

"Kecil kecil dah hipster," tulis beberapa para penyokongnya.

Turut serta, komposer DJ Fuzz antara yang tidak ketinggalan meninggalkan ucapan di entri terbabit.

"Happy birthday Bibi," katanya ringkas.

Untuk info, Bibi Qairina merupakan instafamous dan penyanyi remaja yang sedang meningkat naik menerusi single sulungnya yang berjudul ‘Sokmed’.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bibi, anda boleh baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Bibi Qairina

    

Kredit video: QNA - Cover selalu pakai apps apa ? Tips glowing ? Apa hubungan bibi dengan asyraf ?

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)