Oleh pada 11 Oct 2018 kategori

lirik lagu satu peluang ost drama cik reen encik ngok ngek 1

Kredit foto: Instagram @andibernadee

              

Penyanyi, Andi Bernadee, menganggap penerbitan single keduanya yang berjudul Satu Peluang sebagai penentu kelangsungan karier.

Menurut Andi atau Andi Azrul Andi Mapangile, 27, beliau terlebih dahulu telah melalui kegagalan sewaktu melancarkan single sulung yang bertajuk Tiada Lagi Maaf.

Kini, berbekalkan karya ciptaan Alif yang juga bekas anggota Sleeq, peserta program realiti Big Stage ini mengharapkan penerimaan baik daripada peminat.

Bercerita mengenai proses rakaman lagu tersebut, Andi memberitahu, konsep muzik yang dipilih adalah disesuaikan dengan karakter vokalnya.

Namun dia turut berdepan cabaran apabila dalam masa sama mengalami masalah kesihatan ketika sesi rakaman berlangsung.

“Satu Peluang dirakamkan seminggu selepas saya tersingkir dari Big Stage. Kami berbincang mengenai konsep single ini dan sepakat memilih genre reggaeton kerana ia dekat dengan karakter saya.

“Konsep itu juga dilihat mampu menyerlahkan karakter suara saya. Ketika rakaman, keadaan kesihatan saya tidak memuaskan kerana mengalami masalah suara.

“Alhamdulillah, proses rakaman lagu itu dapat diselesaikan juga dan saya berharap ia diterima ramai,” kata penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu kepada BH Online.

Telah menemui pendengar menerusi platform digital mulai 5 Oktober lalu, Satu Peluang juga terpilih menjadi lagu tema untuk drama rantaian terbaru, Cik Reen Encik Ngok Ngek.

Berikut kami kongsikan liriknya. 

lirik lagu satu peluang ost drama cik reen encik ngok ngek 2

Kredit foto: Big Stage

              

Hatiku masih berdebar

Tiap kali bertemu

Aku cuba bersuara

Walaupun lidah ku kelu

Perasaan ku padamu

Seluas lautan biru

Beriku satu peluang

Untuk mengenali mu

               

Aku suka cara jalanan kamu

Aku suka hilang dalam manismu

Siapa lagi sini seperti kamu

Tindak balas kamu sangat terkawal

Itu tanda tanda kau jual mahal

Siapa lagi sini seperti kamu

              

Dame solo una

Dame solo una

Berikan aku hanya satu peluang

Satu peluang

            

Keindahan wajahmu

Sama seperti hatimu

Suara mu yang lembut

Dan juga merdu

Bagi ku seribu tahun

Pun tak ku jemu

Beri ku satu peluang

Untuk mengenali mu

                

Beri aku ruang

Beri aku satu peluang

Beri aku ruang

Oh sebelum engkau pulang

Beri aku ruang

Beri aku satu peluang

Beri aku ruang


tags : , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)