Kredit foto: Instagram Amira Othman

    

Dilahirkan dalam keluarga berdarah seni, Amira Othman kini mencipta nama bersama dua lagi adiknya, penyanyi Irfan Haris dan Haikal Iskandar.

Terkenal dengan lagu-lagu bergenre pop seiring usia mudanya, Amira mula bertapak dalam bidang seni suara sejak lima tahun lalu menerusi kemunculan sulung dalam program pencarian bakat, Akademi Fantasia 2013.

Lagu popular yang memperkenalkan nama beliau berjudul Hati-Hati ternyata memberikan impak terhadap kerjaya seninya yang terus berkembang sehingga ke hari ini.

    

Biodata

1. Nama sebenarnya, Nadia Amira binti Othman. Dikenali sebagai Amira Othman.

2. Lahir di Skudai, Johor pada 26 Oktober 1993. Kini berusia 26 tahun.

3. Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013 sebagai penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon.

4. Bakatnya dikesan daripada program realiti nyanyian, Akademi Fantasia 2013 (AF2013) yang meletakkannya di tangga ketiga di peringkat akhir. Antara lain AF2013 turut melahirkan penyanyi Hael Husaini, Nabila Razali, Indah Ruhaila dan Aisyah Aziz.

5. Selepas tamat AF2013, beliau mengikuti pengajian diploma dalam jurusan muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan major dalam vokal klasik.

6. Namanya mula dikenali selepas lagu 'Hati-Hati' nyanyiannya menempa populariti, ciptaan Faizul Sany, Hael dan Mike Chan. Beliau yang memperjuangkan genre muzik Pop dan R&B turut mempopularkan single Sesaat Untukku, Biar Masa (menampilkan Raqib), Jaga-Jaga, Mimpi Indah, Sambil (menampilkan Irfan Haris) dan terkini, Takkan Merubah gandingan bersama Sufian Suhaimi yang juga merupakan runut bunyi filem Motif.

7. Pernah membintangi drama Abang Bomba I Love You, Red Velvet dan Patah Sayap Bertongkat Paruh. Termasuk telefilem Sepahtu Kisah Tauladan dan Abang Bomba I Love You Raya serta filem Tiada Tajuk.

8. Menerusi bidang pengacaraan, beliau merupakan salah seorang hos program Nasi Lemak Kopi O yang bersiaran di TV9.

9. Dua lagi adiknya juga berkecimpung dalam bidang seni suara, iaitu penyanyi Irfan Haris dan Haikal Iskandar.

   

Foto

amira othman instagram

amira othman kahwin

amira othman adik

amira othman suami

amira othman umur

Kredit foto: Instagram Amira Othman

    

Video

Kredit video: Youtube Seventeen Eleven Music

   

Sumber:

1. Wikipedia Amira Othman

2. Wikipedia Akademi Fantasia 2013

3. Amira Othman Bertuah Dua Adik Kacak Jadi Penyanyi

4. Amira Gembira Bekas Kekasih Temui Pengganti

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)