biodata nora

Kredit foto: Instagram Nora Ariffin

   

Wan Nora Afiza Ariffin atau lebih dikenali sebagai Nora Ariffin dilahirkan pada 26 Julai 1973, merupakan seorang penyanyi lagenda terkenal di Malaysia.

Nora memulakan kerjayanya dalam bidang muzik selepas menjuarai pertandingan akhir Bintang HMI pada tahun 1991.

   

Biodata

1. Nama sebenarnya, Wan Nora Afiza binti Ariffin. Menggunakan nama pentas, Nora, Nora J dan Nora Ariffin.

2. Lahir di Kota Bharu, Kelantan pada 26 Julai 1973. Kini berumur 46 tahun.

3. Mula aktif dalam dunia hiburan sebagai penyanyi sejak tahun 1994.

4. Bakatnya dikesan daripada pertandingan nyanyian Bintang HMI pada 1991 yang mengangkatnya sebagai juara.

5. Mula dikenali selepas meledak dengan single hits 'Di Persimpangan Dilema' ciptaan Adnan Abu Hassan dimuatkan dalam album sulungnya.

6. Lain-lain deretan lagu dipopularkannya seperti Sandiwara, Dendam Dalam Diam, Jentayu (duet bersama Sheila Majid dan Johan Nawawi), Katakanlah, Cinta Di Akhir Garisan (duet bersama Ziana Zain, Dessy Fitri dan Ning Baizura), Renungan Terakhir, Bebas Berlari, Materialistik, Kau Tak Pernah Jauh dan banyak lagi.

7. Merakamkan enam buah album studio berjudul Sandiwara pada 1994, Debaran (1995), Naluri (1996), Kirana (2000), Nora (2002) dan Hikmah (2012), selain lapan buah album kompilasi bertajuk Hanya Satu, Abstrak Nora - Koleksi Terbaik, Cinta Satu Dekad, Samudera, Memori Hit Nora, Biografi, Kenangan Abadi dan Koleksi Lagu-Lagu Terbaik.

8. Menggunakan laman sosial Instagram atas nama @itsnoraariffin yang sehingga kini sudah mengumpul lebih 330,000 pengikut.

   

Fakta Menarik

  • Berasal dari Kampung Dewan Beta, Kota Bharu, Kelantan.
  • Pernah bernaung di bawah label Warner Music, BMG, JAM Records, Universal Music dan JNSB.
  • Menerima pencalonan dan pengiktirafan menerusi beberapa trofi daripada Anugerah Industri Muzik (AIM). Kemenangan sulungnya dalam kategori Artis Baru Terbaik (Wanita) pada penganjuran AIM 1995.
  • Pemenang kategori Etnik Kreatif di Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL 22) menerusi lagu Samudera ciptaan Johan Nawawi dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya. Selain itu, beberapa lagunya yang tersenarai ke peringkat akhir Juara Lagu termasuk Di Persimpangan Dilema, Naluri (Hadirlah Kekasih), Hanyalah Satu, Desa Tercinta, Menyemai Cinta Bersamamu, Secebis Harapan dan Samudera.
  • Menyertai program realiti Gegar Vaganza musim ketiga (GV3), meskipun hanya bertahan sehingga konsert Separuh Akhir. GV3 antara lain disaingi Siti Sarah, Azharina Azhar, Ameng Spring, Zarul Umbrella dan ramai lagi.
  • Pada 11 Februari 2012, Nora dan suaminya Johan Nawawi menerusi syarikat produksi, Hud Hud Media dan Johan Nawawi Sdn Bhd memerbitkan siri animasi 26 episod berjudul 'Ummi... Ceritalah Pada Kami' dalam format 3 dimensi (3D) yang memenuhi standard animasi antarabangsa, hasil dana daripada Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC).
  • Kesemua yang menyumbangkan suara sebagai watak-watak utama dalam animasi tersebut, turut menganggotai kumpulan Voices of Ummi iaitu sebuah kumpulan penyanyi kanak-kanak yang dibarisi dua anak Nora iaitu Alif Johan (Alif) dan Putri Dahlia, serta Aiman Abbas (Aiman), Hana Hamdan (Hana), dan Jihad Hamdan (Atan).
  • Suaminya, komposer Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017 di usia 52 tahun kerana serangan jantung. Manakala anak keduanya, Alif Johan menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 2019 sewaktu berada di kediaman mereka di Petaling Jaya, Selangor selepas rebah dan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.

    

Foto

nora ariffin 384

biodata nora ariffin

anak nora 186

ibu nora ariffin

anak nora ariffin 917

johan nawawi

Kredit foto: Instagram Nora Ariffin

   

Sumber:

1. Wikipedia Nora Ariffin

2. Penyanyi Nora Mahu Dikenali 'Nora J'

3. Anak Nora Ariffin meninggal dunia

4. Nora terkilan jika tersingkir kerana isu lagu

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)