biodata adi putra 488

Kredit foto: Instagram Adi Putra

   

Anda masih ingat dengan Adi Putra bin Abdul Ghani atau nama popularnya, Adi Putra yang pernah dikenali suatu masa dahulu sebagai seorang kanak-kanak genius Malaysia dan mencipta nama lebih sedekad yang lalu.

Beliau yang pada waktu itu cukup dikagumi ramai dek kerana memiliki kepintaran luar biasa dalam subjek matematik, mendapat perhatian banyak pihak.

Adi yang berasal dari Bagan Serai, Perak ini pada waktu cilik pernah menyatakan cita-citanya untuk bergelar seorang profesor matematik Islam apabila meningkat dewasa kelak.

Begitu pantas masa berlalu, beliau kini telahpun melewati usia remajanya. Jom kita sama-sama lihat foto-foto terbaharu beliau yang sudah menginjak dewasa ini.

    

adi putra matematik

Adi dikenali sebagai seorang yang mahir dalam subjek matematik terutamanya algebra, trigonometri dan darab antara 5 hingga 6 digit. 

ibu adi putra 172

Adi berswafoto bersama ibunya, Serihana Elias.

adi putra genius

Bergaya dalam imej kasual.

instagram adi putra 815

Memenuhi undangan stesen radio Zayan yang berkonsepkan Islamik.

wikipedia adi putra

Merupakan motivasi kepada masyarakat khasnya para remaja.

adi putra abdul ghani

Ketika menghiasi ruang muka majalah Maskulin.

umur adi putra

Meraikan sambutan Aidilfitri.

adi putra terkini

Adi dahulu (kiri) dan kini (kanan).

keluarga adi putra

Bergambar bersama ahli keluarganya yang disifatkan sebagai tulang belakang.

adi putra 559

Kredit foto: Instagram Adi Putra

    

Dalam perkembangan terbaharu, beliau yang kini mencecah usia 21 tahun, kelihatan aktif berkongsi perkembangan dan foto terkini kepada lebih 38,000 para pengikut di laman sosial Instagramnya dengan menggunakan akaun bernama @adiputraag.

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)