Kredit foto: Instagram Aniq Suhair

Penganjuran program Hero Remaja edisi 2020 sebelum ini ternyata telah memberi impak yang besar terhadap barisan para pesertanya.

Calon yang mengisi 12 kuota finalis telah menempa populariti di kalangan pengikut program berkenaan, sekaligus membuka ruang untuk membina nama dalam industri hiburan.

Ramai selebriti dan pelakon lelaki yang menghiasi drama kaca televisyen lewat ini asalnya daripada platform ini juga.

Tidak ketinggalan aktor Aniq Suhair, 21,  yang semakin mencuri perhatian ramai.

Jom semak 10 fakta menarik tentang Aniq yang rata-rata peminatnya tidak tahu!

umur aniq suhair

Kredit foto: Instagram Aniq Suhair

1. Merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik.

    

aniq suhair 981

Kredit foto: Instagram Aniq Suhair

2. Berzodiak Sagitarius.

3. Menghadiri sesi ujibakat Hero Remaja 2020 secara senyap-senyap tanpa pengetahuan kedua ibu bapanya!

   

tak sempurna mencintaimu

Kredit foto: Instagram Aniq Suhair

4. Menyifatkan dirinya sebagai seorang 'introvert' yakni seorang yang selesa menghabiskan masa bersendirian dan kurang bersosial.

5. Tidak mempunyai pengurus dalam karier seni.

pelakon tak sempurna mencintaimu 808

Kredit foto: Instagram Aniq Suhair

6. Mengidamkan peluang untuk melakonkan watak aksi dan psiko.

aniq suhair drama

Kredit foto: Instagram Aniq Suhair

7. Pernah bekerja di sebuah kilang perniagaan sewaktu masih menuntut di sekolah menengah yang memberikannya sedikit pengalaman berkaitan selok-belok perniagaan.

aniq suhair hero remaja 281

Kredit foto: Instagram Aniq Suhair

8. Demi melunaskan kerja-kerja seni yang mengisi jadual padat, Aniq terpaksa menangguhkan seketika pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Perniagaan (Pemasaran) yang diikutinya di City University, Kuala Lumpur.

aniq suhair ig

Kredit foto: Instagram Aniq Suhair

   

9. Baru-baru ini, beliau telah membuka perniagaan francais Subway di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur sebagai mengikut jejak langkah keluarganya yang cukup aktif dalam dunia perniagaan.

aniq suhair wikipedia

Kredit foto: Instagram Aniq Suhair

   

10. Masih 'hijau' dalam bidang lakonan, namun Aniq telahpun diberi kepercayaan untuk menggalas watak dalam tiga buah drama di saluran TV3 iaitu Kebaya Kasut Kanvas, Lelaki Lingkungan Cinta dan Tak Sempurna Mencintaimu, termasuk sebuah filem berjudul Banglo Seksyen 12 yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi.

hero remaja 2020 428

Kredit foto: Instagram Aniq Suhair

       

Baca: 8 Fakta Pelakon Aniq Suhair Yang Ramai Tak Tahu!

         

Untuk biodata asas Aniq Suhair, anda boleh baca artikel: Biodata Aniq Suhair, Finalis Hero Remaja 2020

Kredit video: My first ever FnB business. Located at Bdr Sri Permaisuri, Cheras!

Sumber:

1. Laluan mudah Aniq Suhair

2. Jadual Aniq terlalu padat

3. Tak Harap Tawaran Semata-Mata.. Aniq Suhair Sedia ‘Back Up Plan’

4. Tiada niat terselindung rapat dengan Cik B

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)