Oleh pada 12 Aug 2017 kategori

Pelakon Lisa Surihani yang dikenali dengan gelaran 'Malaysia's Sweetheart' memang cukup dikenali dengan imejnya yang sopan serta popularitinya yang semakin meningkat sejak berkahwin dengan penyanyi dan pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim.

Baru-baru ini, industri hiburan dikejutkan dengan penyebaran beberapa keping fotonya memakai seluar pendek di tepi pantai yang difahamkan dimuatnaik oleh seorang kenalannya di Instagram.

Foto-foto itu juga dilaporkan diambil semasa pasangan ini menghadiri sebuah majlis sambutan hari jadi sahabat karib mereka. Namun, Lisa dilihat bersifat selektif dengan hanya memuat naik foto sekitar majlis tersebut sahaja di Instagram miliknya berikutan status dirinya sebagai figura awam. 

Rata-rata peminat berpendapat Lisa kurang sesuai mengenakan shortpants sebagai seorang selebriti yang beragama Islam apatah lagi ibu kepada dua orang anak. Namun, Lisa masih belum memberikan sebarang komen terhadap isu itu sehingga kini.

Jom kita lihat sebahagian daripada foto tersebut dan anda lakukan penilaian anda sendiri.

lisa surihani dikecam pakai seluar pendek di tepi pantai 1

lisa surihani dikecam pakai seluar pendek di tepi pantai 3

lisa surihani dikecam pakai seluar pendek di tepi pantai 7

Sumber foto: mediahiburan.my

Sumber berita: myartis.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)