Kredit foto: thehive.asia 

Nampaknya hari raya tahun ini, keluarga pasangan aktres Lisa Surihani dan penyanyi Yusry bertambah gamat dengan kehadiran anak kedua mereka, Yusof Leonne.

Umum sedia maklum, pasangan ini tidak terlalu terbuka untuk berkongsi wajah anak. Namun bersempena Syawal ini, Lisa telah bermurah hati untuk memuat naik foto terkini Yusof di laman Instagramnya.

Foto-foto tersebut memperlihatkan betapa comelnya Yusof beraksi di sisi ibu dan bapanya. 

lisa surihani dedah wajah terkini anak kedua yusof leonne 2

lisa surihani dedah wajah terkini anak kedua yusof leonne 3

Kredit foto: Instagram Lisa Surihani

Rata-rata netizen melahirkan rasa geram melihat kecomelan wajah Yusof. Malah mereka juga teruja memandangkan jarang-jarang sekali foto Yusof didedahkan kepada khayalak.

lisa surihani dedah wajah terkini anak kedua yusof leonne 4

Kredit foto: Instagram Lisa Surihani 

Memang comel betul anak Lisa. Harapnya selepas ini bolehlah belanja lebih banyak gambar lagi, ya?




Hakcipta iluminasi.com (2017)