Kredit foto: Instagram Ben Amir & Instagram Syed Saddiq

Gara-gara seiras dengan Syed Saddiq Abdul Rahman, akaun Instagram dan Twitter aktor Ben Amir dibanjiri komen peminat yang mengaitkannya dengan Ahli Parlimen Muar itu.

Ben akui terkejut, namun dalam masa sama tidak menganggap ia sebagai suatu isu.

Ini kerana secara peribadi, Ben atau Muhammad Amir Sabaruddin, 28, mengagumi usaha Syed dalam peranannya memperjuangkan nasib anak muda.

“Diakui, memang ramai peminat yang ‘mention’ diTwitter dan Instagram mengatakan muka dan kening kami sama. Betul ka? Tetapi apabila saya tengok balik, rasanya bahagian kening yang sama sebab tebal.

“Saya tak ada masalah orang cakap macam itu. Apa yang penting adalah perjuangan anak muda yang lebih baik," katanya memetik laporan Harian Metro.

Pelakon drama rantaian fenomena, Suri Hati Mr Pilot (SHMP) ini menganggap Syed sebagai pencetus semangat golongan muda dalam memperjuangkan hak mereka di negara ini.

ben amir dikaitkan dengan syed saddiq 2

Kredit foto: Instagram Ben Amir

“Dia juga memainkan peranan penting untuk menaikkan semangat orang muda untuk berjuang, sekali gus memberi nafas baru untuk orang muda,” ujarnya.

Ben yang menjadikan Syed sebagai idola berkata, dia mula mengenali Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menerusi popularitinya di media sosial.

“Saya mula tahu Syed apabila orang mulai memperkatakan dirinya di laman sosial. Dia banyak bersuara mengenai masa depan golongan muda.

“Malah perjuangan sama juga ada dalam diri saya. Bagi saya ia lebih penting daripada rupa. Kita mahu peranan anak muda lebih lagi dalam mewujudkan Malaysia baru," katanya.

Justeru, Ben berharap perjuangan Syed dapat menjadi inspirasi kepada anak muda agar menggunakan media sosial sebagai medium untuk menyuarakan pendapat.

“Saya juga berharap lebih ramai lagi anak muda bersuara dan menggunakan pengaruh pengikut di laman sosial untuk kebaikan di Malaysia dan bukan menimbulkan perkara yang tidak berfaedah,” katanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)