Pasangan selebriti Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim telah menamakan anak lelaki mereka, Yusof Leonne.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Yusry sendiri menerusi akaun Instagramnya sempena majlis tahnik yang diadakan semalam.

Alhamdulillah, selesai majlis tahnik anak lelaki kami, Yusof Leonne Bin Yusry petang tadi. Terima kasih Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri kerana membawa Ustaz Fahmi dan Ustaz Badri untuk menyempurnakan majlis. Terima kasih pretty peektures untuk gambar.

Sumber: Instagram @yusrykru

Untuk info, Lisa selamat melahirkan anak keduanya itu pada jam 7.10 pagi di sebuah hospital swasta pada 23 April lalu.

Pasangan selebriti tersebut berkahwin pada 24 Februari 2012 sebelum mendapat cahaya mata sulung mereka. Yahaira Leanne pada 15 September 2015.  

lisa surihani dan yusry umum nama bayi lelaki mereka 1

Kredit foto: Instagram @lisasurihani & beautifulnara.com

Sumber: eberita.org 




Hakcipta iluminasi.com (2017)