Kredit foto: Instagram Ben Amir

Pelakon baru, Ben Amir akui berasa gementar ketika menjayakan watak utama dalam drama rantaian Semusim Rindu.

Drama yang diangkat daripada novel tulisan Aleeya Aneesa itu menampilkan Ben memegang watak sebagai Ikman.

ben amir gementar bawa watak drama semusim rindu 2

Kredit foto: Instagram Ben Amir

Drama bersiri ini merupakan drama pertama yang menampilkan saya memegang watak utama. Sejujurnya, saya agak gementar untuk beraksi membawa watak hero. Drama bersiri ini merupakan drama adaptasi novel. Sudah pastinya Semusim Rindu mempunyai pengikut tersendiri. Saya mencuba untuk mengikut acuan watak Ikman dan berharap agar percubaan saya membuahkan hasil.

Sumber: Astro Gempak

Tambah Ben lagi, dia turut berhadapan dengan cabaran apabila digandingkan bersama pelakon berpengalaman, Intan Ladyana.

ben amir gementar bawa watak drama semusim rindu 3

Kredit foto: Instagram Ben Amir

Apabila saya mendapat tahu yang saya bakal bergandingan dengan Intan, saya sendiri sudah menetapkan sasaran untuk memberikan hasil lakonan yang terbaik. Sudah lama Intan tidak berlakon dalam drama bersiri. Saya harus memberikan persembahan terbaik untuk menjayakan watak Ikman untuk dipadankan dengan kemunculan semula Intan di kaca televisyen.

Sumber: Astro Gempak

Semusim Rindu bakal menemui penonton bermula 29 Mei ini, bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di saluran Astro Prima dan Astro Maya HD. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)