Oleh pada 03 Feb 2017 kategori

Selepas viral video Ben Nathan dikatakan hidup secara gelandangan di internet semalam, Hari ini ahli keluarga Ben Nathan tampil menceritakan hal yang sebenar. Adik perempuan Ben Nathan, P. Vasanthi menafikan sekeras-kerasnya bahawa mereka (keluarga) telah mengabaikan Ben Nathan.

ben nathan dato shake

Sudah banyak kali kami berusaha memujukkan pulang ke rumah, namun beliau tidak mahu pulang dan meneruskan cara hidup begitu (gelandang). Ada lah juga kadang-kadang dia pulang ke rumah. Tapi dia jadi tidak selesa dan rimas. Sekejap saja dia pulang ke rumah, selepas itu dia keluar ke jalanan kembali kerana sudah terbiasa gelandangan. Ben Nathan juga dikatakan memang suka hidup secara nomad (berpindah randah).

p savanthi adik perempuan ben nathan gelandangan

Ben Nathan ada satu lokasi 'favourite' dimana memudahkan kami mencarinya dan memberikan makanan. Kami tahu di mana mahu mencarinya. Dan bukannya seperti yang digembar gembukan netizen bahawa kami mengabaikannya. Ben pernah hidup bersama kami selama 3 tahun sebelum memulakan kehidup sebagai gelandangan pada tahun 1993. 

ben nathan gelandangan dipujuk datuk shake

Hal ini dikuatkan dengan pernyataan Datuk Shake dimana beliau juga ada menceritakan bahawa Ben Nathan yang memilih cara hidup sebegitu.

ben nathan 1990an ketika menghasilkan album baru

Puncanya adalah gangguan sesuatu yang misteri. Ben secara tiba-tiba menjadi gelisah untuk membuat rakaman dan berhadapan dengan peminat. Disebabkan hal gangguan ini, kami pernah membawanya berubat di banyak tempat berjumpa bomoh termasuklah bomoh di Thailand. Tapi semuanya tak cukup power untuk mengubati gangguan misteri yang dialami Ben Nathan.

"Bomoh-bomoh ini patut dihantar belajar dengan Raja Bomoh Malaysia. Baru mereka tahu apa erti teropong buah nyior" tambah penulis secara tiba-tiba.




Hakcipta iluminasi.com (2017)