Kredit foto: Instagram Ben Amir 

Meskipun jurang umur yang agak ketara, aktor Ben Amir akui tidak meletakkan faktor tersebut sebagai penghalang untuk mencipta keserasian dengan aktres Intan Ladyana.

Ben yang kini berusia 27 tahun menggalas tugas sebagai teraju utama dalam drama bersiri Semusim Rindu - bersama pasangan pelakon, Intan, 35.

jarak usia 8 tahun bukan penghalang buat ben amir dan intan ladyana 2

Kredit foto: Instagram Ben Amir

Saya tak merasakan perbezaan umur menjadi penghalang kami untuk mencipta keserasian. Menerusi Semusim Rindu, saya memegang watak sebagai Ikman dan Intan pula memegang watak heroin bernama Hajar. Sebagai seorang senior, Intan banyak membantu saya di set penggambaran. Semuanya berjalan lancar dan saya berharap agar drama bersiri ini mendapat sambutan.  

Sumber: Astro Gempak

Menyedari drama yang diadaptasi daripada kisah novel itu mempunyai pengikutnya yang tersendiri, Ben akui berasa gugup menantikan reaksi penonton.

jarak usia 8 tahun bukan penghalang buat ben amir dan intan ladyana 3

Kredit foto: Instagram Ben Amir

Drama bersiri ini merupakan adaptasi novel karya penulis bernama Aleeya Aneesa. Novel ini sudah mempunyai peminat tersendiri. Semestinya ramai pembaca novel menantikan hasil adaptasi buku kegemaran mereka. Saya rasa gementar kerana takut tidak dapat memuaskan hati peminat. Apa pun, saya sudah buat yang terbaik dan akan menantikan reaksi peminat.

Sumber: Astro Gempak

Semusim Rindu akan memulakan siaran pada 30 Mei ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di saluran Astro Prima dan Astro Maya HD.




Hakcipta iluminasi.com (2017)