Oleh pada 17 Sep 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Dr Che Hafiz

    

Berhubung pendedahan bekas suami tentang perceraian mereka pada minggu lalu, pelakon, Lufya Omar, 34, memaklumkan belum mempunyai sebarang kenyataan untuk dikeluarkan.

"Maaf saya belum bersedia nak komen apa-apa," reaksi Lufya kepada portal Mstar.

Bintang Akademi Fantasia musim keenam itu dihubungi susulan pendedahan Dr. Che Muhammad Hafiz Baharum, 29, berkaitan perkahwinan mereka yang dikatakan sudah berakhir.

Menurut Dr. Che Hafiz, bekas isterinya diceraikan melalui lafaz yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp.

“Saya bersetuju dan tunaikan permintaan Lufya untuk menceraikannya. Permintaan tersebut diminta Lufya menerusi WhatsApp ketika kami sedang membincangkan isu rumah tangga, " ujarnya sebelum ini kepada MHE TV.

Dr. Che Hafiz berkata, keputusan bercerai diambil selepas usaha menjernihkan hubungan mereka sebagai pasangan suami isteri menemui jalan buntu.

     

suami lufya 200

Kredit foto: Instagram Dr Che Hafiz

     

“Biarlah kami sahaja yang tahu punca perceraian ini. Tidak perlu dimaklumkan kepada umum,” katanya.

Beliau juga berharap apa yang berlaku dapat diselesaikan secara baik tanpa sebarang spekulasi susulan.

Selebihnya, Dr. Che Hafiz enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu isu itu menyentuh sensitiviti pihak yang terlibat.

“Cukuplah ini sahaja penjelasan daripada saya dan terlalu peribadi untuk saya kongsikan tentang hal lain.

“Banyak hati yang perlu dijaga dan diharapkan tidak timbul sebarang spekulasi lain,” katanya.

Pasangan itu berkahwin pada 26 November 2016 sebelum menerima seorang anak perempuan bernama Laana Haura yang kini menginjak usia dua tahun.

    

Sumber berita:

1. Lufya Akhirnya Diceraikan Melalui ‘WhatsApp’, Bekas Suami Harap Tak Timbul Spekulasi Lain

2. Dr. Che Hafiz Akui Bukan Lagi Suami Lufya Omar

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)