Oleh pada 13 Feb 2018 kategori

Sumber foto: Mynewshub

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Melawati, Kuala Lumpur petang semalam.

Kematian Allahyarham pada jam 6.30 petang itu disahkan oleh abangnya, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Muhammad Safian memberitahu, Allahyarham yang berumur 69 tahun terjatuh di bilik air semasa mengambil wuduk ketika menantikan waktu sembahyang Maghrib, dipercayai mengalami serangan jantung.

Di samping memegang peranan sebagai Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Abdul Manan juga memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi MyIPO, iaitu sebuah agensi pendaftar hak cipta dan produk intelek.

Abdul Manan turut pernah memperoleh kemenangan dengan majoriti 7,715 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Murnie Hidayah Anuar dan calon Bebas, Zahari Mamat.

Sumber berita: Kosmo Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)