Sumber foto: siakapkeli.my

Surah-surah lazim muqaddam, surah Al-Waqi'ah, Ar-Rahman, Al-Mulk, Yasin dan Al-Kahfi antara surah-surah yang gemar dihafal Ahmad Ziyyad Mohd Zahir.

Anak yang berusia 2 tahun ini sudah boleh menghafal 42 surah dalam al-Quran termasuk lima surah panjang.

Nurul Shahida Lukman, 27 tahun, ibu kepada anak istimewa ini berkata:


Kini dia sudah boleh baca surah berkenaan sampai habis. Cuma perlu ada bantuan juga untuk dia baca permulaan ayat.


Bila saya dah baca permulaan ayat dia akan sambung sampai habis bacaan setiap ayat dalam semua semua surah itu.

Beliau dan suami Mohd Zahir Noor Sabri, 30, mula mengesan mulut anaknya terkumat kamit ikut membaca ayat suci Al Quran ketika usia masih 11 bulan.

Beliau sering membaca Al-Quran antara rutin semasa hamil.

Kami tidak pernah pasang lagu lain selain bacaan al-Quran termasuk sewaktu di rumah, dalam kereta dan tempat kerja,"kata ibu kepada anak istimewa itu.


Bacaan ayat suci itu yang menjadi pengulit anak untuk tidur dan tanpa alunan bacaan al-Quran Ahmad Ziyyad sukar untuk tidur.

Nurul Shahida juga pemilik butik pengantin di Pengkalan Chepa, mengelak anaknya dari hiburan supaya "hati tidak menjadi gelap" dan mengakui anaknya "mudah mengingati".

Sumber berita: themalaymailonline.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)