Oleh pada 27 Mar 2017 kategori

Semua orang sukakan hotel, ia adalah sebahagian daripada pengembaraan dan percutian. Namun, untuk memastikan tiada apa-apa yang akan merosakkan percutian anda, ia sangat bermanfaat untuk mengetahui beberapa rahsia ini.

hotel

Iluminasi.com berkongsi dengan anda beberapa rahsia mudah berkenaan hotel yang boleh membantu anda menyelamatkan poket anda dan juga melindungi anda daripada kejadian yang tidak diingini.

1. Anda boleh dapatkan bilik yang sama pada harga yang jauh lebih murah.

bilik

Hotel bersedia untuk memberikan bilik-bilik terakhir ditempah dengan harga yang lebih murah. Namun mereka tidak mahu menunjukkan harga murah tersebut kepada umum kerana akan sentiasa peluang di mana akan ada orang menempah bilik tersebut dengan harga asal di saat terakhir.

Tempah bilik anda selepas pukul 6 petang. Ia lebih murah daripada waktu pagi.

2. Anda boleh tawar-menawar harga bilik

Hotel membayar kepada kepada pihak yang memberikan khidmat sistem tempahan sebanyak 30% komisyen, jadi, jika anda menempah dengan cara menelefon terus pihak hotel, anda boleh mendapatkan diskaun, lebih-lebih lagi jika ia adalah hotel kecil atau hotel persendirian.

3. Hotel mempunyai servis percuma

servis

Apabila anda check-in, sentiasa bertanyakan tentang servis percuma yang anda boleh dapatkan. Hotel biasanya memberikan air mineral percuma, seterika, hair styler, charger telefon, dan lain-lain. Mereka juga boleh mendapatkan anda perkhidmatan teksi dengan percuma, menempah tiket konsert atau tempahan di restoran, kejutkan anda pada waktu yang anda inginkan, atau menelefon doktor, atau juga boleh menghantar sarapan pagi terus ke bilik anda.

4. Mereka boleh memindahkan anda ke hotel lain tanpa persetujuan anda

Hotel kadang-kadan boleh overbooked. Mereka membenarkan orang ramai untuk menempah bilik lebih daripada bilik yang mereka ada untuk memastikan kesemua bilik mereka mendapat tempahan penuh jika ada yang membatalkan tempahan. Jika anda diminta untuk pindah ke hotel lain, anda ada hak untuk meminta bilik yang lebih baik, atau servis tambahan. Contohnya, lawatan percuma.

5. Bilik hotel tidak semestinya sentiasa bersih

hotel 938

Sudah tentu anda bukanlah tetamu pertama yang pernah tinggal di bilik tersebut, jadi anda perlu lebih peka tentang peralatan yang anda gunakan ketika berada di dalam bilik. Lipat dan buang cadar, gunakan cawan plastik, dan letakkan air botol di dalam bilik. Gelas yang dibekalkan biasanya dibasuh dengan dibilas begitu sahaja tanpa sabun.

6. Kebanyakan bilik adalah berbeza

Apabila anda memilih bilik, receptionist biasanya akan menggunakan ayat yang biasa anda dengar "Semua bilik kami adalah sama". Jacob Tomsky, yang pernah bekerja di dalam bidang perhotelan untuk tempoh yang lama dan menulis buku tentang rahsia hotel berkata,

"Bilik-bilik hotel adalah berbeza, ada yang pemandangan lebih cantik, bilik air yang lebih elok, atau TV yang lebih canggih, juga penjuru yang lebih luas. Jangan ragu-ragu untuk memberikan tips kepada receptionist. Anda akan mendapat bilik yang lebih baik dan juga beberapa kelebihan seperti check-out lebih lewat, movie percuma atau minibar percuma,"

- Jacob Tomsky

7. Buat rujukan mengenai tempat makan atau sebagainya

receptionist

Jangan bertanyakan kepada pihak hotel untuk mencadangkan tempat untuk sarapan. Mereka akan memberitahu tempat yang akan memberikan untung kepada mereka kerana mencadangkannya, walaupun tempat itu adalah mahal dan tidak sedap. Tanya orang lain, atau baca revier di internet lebih awal.

8. Aduan menguntungkan anda

Jika anda tidak berpuas hati, buat aduan. Jiran sebelah bilik bising atau servis yang tidak memuaskan boleh memberikan faedah kepada anda. Hotel tidak mahu rating mereka jatuh kerana mendapat review yang negatif, jadi mereka akan menawarkan servis tambahan kepada anda atau diskaun. Cakap dengan baik, tanya siapa yang boleh menyelesaikan masalah tersebut, atau telefon pegawai atasan.

9. Peti keselamatan adalah tidak selamat

safebox

Peti keselamata mini di dalam bilik tidak diinsuranskan ke atas kecurian. Jika anda mempunyai barang berharga, anda boleh meminta pihak hotel untuk menyimpan bagi pihak anda di dalam peti keselamatan hotel dan memberikan anda resit. Peti keselamatan hotel biasanya mempunyai insurans.


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)